CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 18, 2009

AKU CINTAIMU SEPENUH HATI SUAMIKU MOHD HANIF BIN AHMAD



Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.Tidak lama selepas itu, mereka berhenti disebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka :

ISTERI : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?SUAMI: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Ayang.
ISTERI: Abang tak boleh terangkan sebabnya. Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan
cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?
SUAMI : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan ayang!
ISTERI: Tak boleh beri bukti? Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi.Tapi abang tak boleh terangkan sebabnya.SUAMI : Baiklah!Abang mencintai ayang sebab ayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak ayang melangkah, disitulah cinta abang pada ayang.

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Selang beberapa hari, si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isteri yang disayanginya. Surat itu diletakkan disebelah katil isterinya di hospital. surat tersebut berbunyi begini:

"Ayang, jika disebabkan suara, aku mencintaimu, sekarang, bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu, sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu, sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Aku tidak boleh mencintaimu.""Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu, sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Aku tidak boleh mencintaimu. Jika cinta memerlukan sebab, aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Tetapi adakah cinta memerlukan sebarang sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dari dulu, kini dan selamanya dan cinta tidak memerlukan sebab. Kadang-kala perkara tercantik dan terbaik didunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu, ia boleh dirasai dalam hati."

NOTA UNTUK SUAMIKU :Saya pernah bertanya pada abang mengenai perkara ini mengapa abang cintakan saya, tetapi abang tidak pernah memberikan sebab.Saya harap abang adalah watak suami dalam cerita ini.
Korang nak tau, aku antalah cite ni kat gmail lakiku dan sertakan nota pada laki ku. Pas2 di jawab oleh hubbyku ini dengan ayat yang bisa membuatkan aku tersengih sorang diri kui3x..Malu i (naik gatal dah aku ni u alls)
AYATNYA BERBUNYI BEGINI :

assalamualaikum darling.
memang saya lah watak dlm kisah ni.
i miss & love u so much.




3 comments:

  1. moga jodoh akak ngan abg sehingga ke akhir hayat...
    AMIN!

    ReplyDelete
  2. pompuan mmg suker tanya camtu kan..kekekekek
    semoga bahgia kekal ngan suami...

    ReplyDelete
  3. hang niii..lawak laaaaaa
    hehehehe

    ReplyDelete