CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 18, 2009

AKU NAK WAT CITE TAPI AKU SAKIT PEROT..ZASSSSS.......

Aku sakit perut je sejak kebelakangan nih. Tapi aku percaya maybe ini disebabkan kekerapan aku penulis blog ini minum air suam. Azali menyatakan kalau aku minum air suam aku akan kerap buang air beso. So kepada rakan2x, nak kurus minum je air suam. Setakat ni berat badan aku lum berubah kerana aku masih lagi maintain kuat makan. Mak aku dah pesan jangan makan banyak. Kata mak aku lagi "kasihanilah perot ko 2 Zarina". itulah pesanan mak aku..hmmm....tapi mak aku lupa dia juga antara individu kesayangan aku yang menjadi penyumbang terbesar faktor kemontelan aku nih!

Aku sebenarnya ade satu isu nak diperkatakan..tapi aku perlu g toilet jap. sebab aper? Sebab aku nak buang air beso. Ini kenyataan rakan2x..so akan bersambung selepas ini....

Thursday, August 13, 2009



Aku dapat MC dua hari sebab demam, tapi hari kedua aku boring takde pe nak wat, aku ikut adik aku tengok movie DISTRICT 9. Aku memang dah lama tunggu movie ni kuar sebab aku baca intro cute ni semacam je menarik dalam UTOPIA, GEMPAK ngan HYPE pon samer. Bile aku tengok je puh menangis aku dalam panggung tu, cite dia walaupon mengarut menurut pemikiran ahli-ahli sains anti logik tapi aku pedulik per, this is my money not ALONG money????????????


INILAH WIKUS yang aku rasekan sengal pada mulernyer

Citenyer mengisahkan pasal ahli sains yang dilantik MNU named Wikus yang perlahan-lahan bertukar jadi alien sebab tangannya 2 gatal bebenor nak bukak silinder yang disorok oleh mahkluk asing (2lah Wikus, nak bukak barang org minta izin dulu walaupon 2 alien bukan orang) bertujuan nak balik semula kat planet diaorang sebab manusia-manusia kat bumi terutama yang berkulit putih dan terlebih hitam ni sengal sangat nak menganiayai dorang. Si Wikus ni tak tau nak wat per lagi cube mendapatkan bantuan dari rakan-rakan tapi boo di layan. Lat-lastnya dia dapat idea menyorok kat penempatan makhluk asing kat bumi (Penempatan Indo dan Bangla lapan kali ganda lebih cantik dari penempatan alien nih). Dekat situ dia berjumpa ngan makhluk asing yang sorokkan silinder 2, dan alien bijak ni berjanji nak bantu dia pulihkan jadi manusia balik kalau si Wikus bantu dia dapatkan balik silinder yang Wikus ni amik dan kini dirampas oleh MNU (Kalau Alien tak cakap camtuh haramlah Si wikus nak bantu).

Alien space yang terkandas 28 tahun lamanya

Dipendekkan cite Wikus berjaya amik balik silinder 2 tapi Wikus ni pada awalnya aku memang bengang sket ngan dier sebab dia ni selfish dan hampir menjahanamkan plan makhluk asing ni nak meninggalkan bumi. Yelah, ko bayangkan betapa jahatnya manusia menganiayai alien ni dan Wikus ni lak tak hengat camner father in -law dia mengkhianati dier.


Wikus hampir nak dicincang badannya tok dijadikan objek kajian


Tapi bab Wikus pandang space alien 2, dan terpikir pengorbanan alien 2 nak pulang ke kampung dia yang tercinta, Wikus decide tok patah balik dan selamatkan Alien 2 balik ke kapal dier. Dialog yang aku tak lupa... pergi cepat..biar aku kawal keselamatan ko kat sini...kata Wikus. Tapi Alien 2 tak nak dan siap cakap Tidak! Aku takkan tinggalkan ko. Kita akanpergi bersame-same. Tapi Wikus enggan dan suruh Alien 2 pergi. Alien 2 pandang Wikus dan cakap Aku akan kembali Wikus..3tahun..aku berjanji. Aku akan pulihkan ko dan selamatkan ko. Aku bersumpah.. kata Alien 2 lalu pergi ke kapal dier. Maka berjuanglah Wikus menyelamatkan Alien 2 dari dibunuh oleh tentera MNU. Dan akhirnya Alien 2 berjaya lepaskan diri dan Wikus bertukar jadia Alien tapi cintanya pada isterinya tak pernah padam....hu3x


Inilah Alien yang mempunyai perikemanusiaan tapi manusia lak sengal cam binatang