CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 23, 2009

10 HADIAH HARIJADI YANG AKU MAHU

MY DREAMS


ISLAM MENJADI AGAMA NO 1 DI DUNIA


TIADA PEPERANGAN


DUIT BANYAK

HAPPY FAMILY


DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG YANG BERIMAN




RUMAHTANGGA BAHAGIA

Dan 4 yang lainnya hanya ALLAH dan aku yang tau

Sunday, April 12, 2009

BALAN-BALAN


Korang pernah tak dengaq cite pasal BALAN-BALAN? Mesti tak pernah kan? Tok pengetahuan korang Balan2x ni memang fames kat Sabah (kalau tak caya leh tanya ANNE, sebab dia orang Sandakan Sabah)..Yelah memandangkan mak aku nih cina sabah, jadi sedikit sebanyak dapatlah aku mengorek beberapa cite pasal antu kat Sabah nih! Dan cite hantu paling faymes adalah BALAN-BALAN.... Memandangkan fames nor cite hantu nih, maka dengan bangganya aku akan filemkan kisah ni dan inilah citenya.....


Filem ini mengisahkan Sara (Sara) yang hobinya suker benor mengular tok mencuri jambu batu di rumah Pak Khaidrus (Khaidrus). Bersama gengnyer "AFIQ DAN ABAH " iaitu Afiq (AFIQ), Zharif (ZHARIF) dan Diana (DIANA), mereka merancang tok mencuri jambu batu di rumah Pak Khaidrus kerana buah jambu yang ada beberapa biji tuh dan cukup matang dan montok untuk dipetik. Sara ni sebenornya bukanlah suker sangat ngan buah jambu Pak Sepit nih, dahlah tak sedap pahit lak tuh! Tetapi memandangkan di rumah Pak Khaidrus toh ada jejake ansem bernama Zainuddin (ZAINUDDIN) maka Sara mengambil keputusan tok mencuri gak buah jambu 2 sambil menjeling ke rumah Pak Khaidrus kalau-kalau jejaka idaman malaya toh moncol kat tingkap umah .


Diana tidak bersetuju dengan plan Sarah yang tak best nih. Dia lebih suker kalau Sara dan geng-gengnyer mencuri Buah Naga di rumah Makcik Zhana (ZHANA). YELAH SETAKAT JAMBU BATU TUH APA CUR? LAINLAH buah naga, sebab buahnya lebih besar dari jambu batu dan jambu plak kepala batu sebab tulah tak sedap di makan heh3x. Sara merase tension ngan idea Diana yang tak bernas toh, (dia tau sebenarnya Diana dengki ngan kehebatan Sara yang leh menghabiskan buah jambu batu dalam tempoh 2 saat jerk) lalu dia mengambil keputusan tok mencuri buah jambu Pak Khaidrus pada tanggal 12 Rabiulawal tahun hijrah jam 2.00 pagi (Sara kene curi lewat sket sebab dia nak tengok CSI kat AXN ulangan jam 11.30 malam) sorang2x jerk.

Tepat jam 2.00 pagi, Sara yang membungkus dirinya ngan kain batik maknya yang baru disidai di ampaian berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah Pak Khaidrus. Sara sebenarnya berpendapat adalah lebih baik kalau dia berjalan merangkak jer kerane macam best lak dia tengok adegan tuh dalam cite JU ONN. Tetapi Sara membatalkan niatnya sebab dia tahu mesti penonton filem nih berpendapat adalah bodoh tok dia merangkak sedangkan dia ada 2 kaki yang leh digunakan tok berjalan. Pada masa yang samer, Sara cuber tok menghubungi DIANA sebab Sara sebenarnya seorang yang penakut tetapi gagal sebab camner dia nak hubungi pompuan tuh sedangkan telpon bimbit belum gir dicipta pada tahun 50-an.....Sarah yang ketensionan memberanikan diri tok berjalan sorang2x dengan niat yang memang tak baik langsung tuh!

Sampai di depan pagar umah Pak Khaidrus , Sara ternampak kelibat seorang jejaka sedang asyik mencabut bulu ketiak di atas tangga. Kecut dan cuak jugalah Sara kerane agak pelik gaklah camner ada manusia tergamak mencabut bulu ketiak pagi buta nih dan dalam gelap plak toh. Tetapi di bawah cahaya bulan mengambang, Sara yang dalam cobaannya tok membatalkan niat tak baiknya toh terkejut melihat wajah jejaka di tangga toh..hah! siapa lagi kalo bukan Zainudin berambut putih dan bercermin mata toh.....Terkecur air liur Sara melihat betapa tegapnya tubuh kurus kering Zainudin yang sungguh seksi toh.

Tiba2x Sara melihat kepala si Zainudin berpusing-pusing..aik? Sara terpinga kehairanan..cam gasing pon ado. Yang lebih menakutkan kepala Zainudin tercabot dan tiba-tiba terkeluar dari badan ngan usus-ususnyer sekali. Sara yang tak pernah melihat adegan ngeri toh melainkan dalam cite FREDDY NIGHTMARE menjerit ketakutan dan mengambil keputusan tok blah jerk dari situ. Dia tidak peduli lagi samada Zainudin 2 hansem ataupon tak . Lagipun perlu ke dia berkawin ngan jantanz berkepala gasing camtuh (Aik? Kesitu plak si Sara) si Zainudin yang bertukar menjadi balan-balan toh telah mendengar jeritan Sara dan terus mengejar Sarah dengan kepalanyer jerk..ha..Sara apalagi menunjukkan skillnya dengan berlari menggunakan tenaga cahaya yang diadaptasi dari kartun DRAGONBALL. Tetapi sayangnyer, Sara still gak di tempat dia berdiri, tak bergerak-gerak (rupernyer bajunya tersangkut kat dahan pokok) Si Zainudin yang tengah kelaparan daging manusia toh merase cuak gak melihat Sara yang ada kat situ (Yelah dia pon minat kat Sara gak dan ada ura-ura nak masuk meminang) tapi sebab dah lame tak pekene LAMB STEEK...Zainudin berpendapat Sarah pon Sarahlah (lagipun kecur liur dia melihat kemontokan Sara yang tahap gaban toh)..janji dia kenyang...(Zainudin tak mahu menjadi senasib TL Yus yang menjadi Zombie kurang cerdik sebab terpakso berlapo sebab tak tau bukak pintu KOPERASI time tengok Kak Pah terguling sakit perot).

Sara coba gak mencabut bajunya yang tersangkut dari ranting pokok kuang asam toh. Dah cube berkali-kali pon tak dapat. Si Zainuddin lak ngan penuh kegembiraan bakal mendapat LAMB STEEK semakin laju mendekati Sara dalam lingkungan 14 meter. Sara yang terlalu takut tahap cipan mengambil keputusan untuk bertukar menjadi INCRIDIBLE HULK dan mencabot bajunya dari dahan pokok toh. Sayangnya , Sara tak perlu mencabut dahan toh lagi kerane dengan keganasan Sara yang amat sadis toh , dia bukan sahaja telah mematahkan dahan toh tapi ngan pokoknya sekali. Kalau dah bertukar menjadi raksasa hijau, penonton pasti tahu mestilah rabak Baju Sara sebab mengembang lebih dari sepatutnyer. Maka Sara mengambil keputusan tok menjadikan daun pokok sebagai fesyen terbaru bajurnyer. Sambil 2, penonton harus ingat, Sara mengambil alternatif gak tok menyelamatkan diri ngan membaling buah kelapa ke arah balan-balan yang tak hansem toh ngan skrpnya cam nilah bunyinyer... "MATILAH KO"

Zainudin balan-balan semakin mendekati Sara yang tak habis-habis melatah kerane terlalu ketakutan. Penonton sekalian, adakah Sara dapat menyelamatkan dirinya dari menjadi habuan Zainudin yang rakus itu? Dan bagaimana pula plan Diana and the gang, adakah mereka berjaya mencuri buah naga tersebut..nantikan kesudahannya....


INFO TAMBAHAN
Contoh kisah menganai BALAN-BALAN :

KAJANG, Selangor. Sepasang suami isteri begitu terkejut apabila mengetahui anak perempuannya adalah hantu penanggal. Anak gadis yang dijumpai beberapa tahun lalu terus dijadikan anak angkat pasangan tanpa berfikir panjang. Kebetulan pada masa itu, mereka belum di kurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin. Di pelihara gadis itu seperti menatang minyak yang penuh. Segala keinginannya cuba di penuhi. Malah mereka merasa bangga setiap kali orang kampung memuji kecantikkan anaknya. Bukan setakat cantik rupa paras, malah budi bahasa anak gadisnya disenangi oleh penduduk kampung.

Namun segala rahsia mengenai gadis tersebut terbongkar apabila dia berkahwin dengan seorang guru muda yang mengajar di kampung terpencil setelah keluarganya berpindah ke situ. Kejadian itu di sahkan oleh Kak Mayang sendiri salah seorang pengamal perubatan tradisional. Cerita Kak Mayang, Syahid(bukan nama sebenar) berasal dari kota dan telah di tugaskan di sebuah kampung terpencil. Syahid, pemuda tampan yang pada mulanya tidak selesa tinggal di kampung yang masih mundur, di kelilingi hutan dan tiada kemudahan air paip. Meskipun ada api elektrik, itupun hanya beberapa buah rumah saja yang ada.

Dia seorang guru lepasan universiti. Setelah mengajar beberapa bulan, dia pun membeli sebuah kereta. Megahlah dia dengan kereta barunya. Ramai pelajar perempuan dan gadis di kampung itu berkenan padanya. Tapi,Syahid langsung tidak pandang sebelah mata. Dia tidak sudi berkawan dan bercinta dengan gadis kampung. Kalaupun dia mahu beristeri pasti dia akan pulang melamar gadis kota. Takdirnya pada satu hari satu keluarga berpindah tidak berapa jauh dari rumah sewanya. Pakcik dan makcik tua itu mempunyai seorang anak perempuan yang cantik, baik rupa parasnya. Berkulit putih, bertubuh kurus tinggi dan berambut panjang melepasi punggung. Pertama kali melihatnya jantung dan dada Syahid berdebar-debar tak menentu. Setiap saat, wajah dan diri perempuan itu terbayang di ruang matanya. Apakah dia sudah jatuh cinta dengan perempuan tersebut. Tidak mungkin. Dia mahu menolak kenyataan itu. Dia tidak mahu jatuh hati dengan gadis kampung.

Namun godaan perempuan anak jirannya itu terlalu kuat. Entah ilmu apa yang dipakainya pun dia tak tahu. Akhirnya, Syahid berkahwin dengan perempuan itu. Bininya memang kuat nafsu. Setiap malam pasti membuat dia terkapai kelemasan. Kenikmatan yang di perolehi dari bininya tidak pernah di rasai sebelum ini. Bininya benar-benar hebat di dalam kamar tidur.Setelah berkahwin dia jarang sekali menjenguk keluarganya di bandar. Dia rasa malas malah kaki pun seolah-olah berat untuk pulang ke rumah. Emak dan ayahnya juga tidak tahu yang dia telah berkahwin. Hanya orang kampung dan beberapa rakan setugasnya sahaja yang menghadiri majlis perkahwinannya. Macammanapun Syahid merasa bangga bila ramai orang memuji kecantikan isteri kesayangannya itu.

Walaupun ramai orang pelik dengan bininya, tetapi tidak bagi Syahid. Dia sebolehnya tidak mahu mana-mana lelaki pun melihat bininya, bukan sahaja dia cemburu tapi takut lelaki lain merampas bininya nanti. Dia amat sayang dan cintakan bininya. Perasaan itu terbit setelah dia melakukan hubungan seks dengan bininya. Itulah yang anehnya. Tiba-tiba satu kampung gempar bila dua tiga orang perempuan bersalin mati kehilangan darah. Orang kampung merasa pelik dan hairan. Dari dua tiga orang sampailah ke sepuluh orang. Orang kampung mula resah. Mana-mana orang yang ada bini yang sedang sarat mengandung mula menaruh rasa bimbang. Orang kampung mula bermesyuarat dan menjalankan penyiasatan. Semuanya bersepakat menyatakan yang bini Syahid yang lawa itu punya angkara. Bila di beritahu pada Syahid, dia tidak percaya malah menafikan sekeras-kerasnya.

"Takkanlah bini saya itu hantu Pak Su. Dia manusia. Orang kata hantu tak ada kaki. Tapi bini saya ada kaki,"kata Syahid. "Cikgu, hantu banyak jenisnya. Jangan cikgu tertipu. Bila balik cuba perhati betul-betul semua gerak-gerinya," nasihat Pak Su seorang tua yang berilmu di kampung itu. Syahid terdiam dan bila pulang ke rumah jenuh di perhati gerak geri isterinya. Pun tiada yang pelik. Dia lihat isterinya begitu cantik serta sempurna. Seksi dan mengiurkan. Malah peha dan kaki bininya putih melepak. Makin di renung dia pula yang naik nafsu. Akhirnya malam itu dia terdampar di kerjakan bininya. Esok seorang lagi perempuan bersalin mati kerana tumpah darah. Bini Syahid di tuduh menjadi penyebabnya. Syahid bengang separuh mati.

"Lagi-lagi bini saya yang di tuduh. Kenapa tidak perempuan lain?", marah Syahid. "Sebab bini kau hantu penanggal", Pak Su terpaksa berterus terang. Syahid bingung. Beberapa orang kampung terlopong dan saling sesama sendiri. "Pak Su tak ada bukti tuduh bini saya begitu", Syahid menyinga kegeraman. "Kalau cikgu nak bukti Pak Su boleh tunjukkan.Tapi Pak Su kena tidur rumah cikgu. Macam mana?",tanya Pak Su. Bini saya tak suka orang luar datang rumah, apalagi tidur",ujar Syahid. "Kalau begitu cikgu jangan kunci pintu dapur, biar Pak Su masuk perlahan-lahan",terang Pak Su. "Pukul berapa Pak Su nak masuk?Lewat malamlah", pinta Syahid. "Iyelah, takkan Pak Su nak masuk awal pula. Pak Su faham", luah Pak Su tersenyum.

Akhirnya Syahid bersetuju setelah dipujuk oleh Pak Su dan orang kampung. Lagipun dia sendiri nak tengok apa itu hantu penanggal. Benarkah selama ini dia hidup, tidur dan bersetubuh dengan hantu? Eeee....tiba-tiba dia berasa seram. Tegak bulu romanya. Kenapalah sebelum ini dia tidak merasa sedemikian. Tatkala Syahid pulang petang itu, bininya sedang nyenyak tidur di kamar. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Pak Su. Hantu 'feel'nya gemar tidur di siang hari. Malam itu keluar merayau mencari mangsa, mencari darah segar. Bulu romanya meremang lagi. Lewat malam itu selepas dia bersetubuh dengan isterinya sekali lagi Syahid terdampar keletihan.

Dia sedar bila di kejutkan oleh Pak Su dan beberapa orang kampung. Dalam kamar tidur yang samar itu semuanya terkejut apabila melihat bini Syahid tidur meniarap tanpa kepala. Jendela terbuka luas. Syahid sendiri terkejut bukan kepalang. Tanpa sedar dia terkencing dalam kain dan lututnya terketar-ketar. "Di mana kepalanya Pak Su", tanya Syahid kehairanan. "Kepalanya terbang mencari darah", bisik Pak Su perlahan. "Terbang cari darah", Syahid terkejut dan mahu rebah. Mujur cepat di sambar Pak Su. Selepas itu, Pak Su menjalankan kerjanya dengan membalikkan tubuh bini Syahid secara terlentang. Kemudian mereka menanti kepulangan bini Syahid. Bini Syahid terbang pulang hampir dinihari dengan rambut menggerbang dan perut merumbai. Dari jauh nampak seperti komet berekor dan bercahaya. Langsung terbang mesuk melalui pintu jendela yang terbuka luas.

Semuanya bersembunyi dalam gelap dan Syahid pula berpura-pura tidur. Bininya tertidur nyenyak. Benarlah bininya hantu penanggal. Menjelang pagi, bini Syahid telah berubah wajah dan posisi. Dari cantik menjadi hodoh. Wajahnya juga menghala ke belakang. Bini Syahid menjerit-jerit dan malu sebab orang dah tahu siapa dirinya yang sebenar termasuklah suaminya, Syahid. Pak Su bertindak menyuruh bini Syahid lari kedalam hutan atau di tikam dengan buluh runcing di tangannya. Pak Su tak mahu orang kampung di ganggu lagi. Kerana takutkan Pak Su, hantu penanggal itu pun terbang lari ke dalam hutan.

Syahid pengsan. Tetapi berjaya di pulihkan oleh Pak Su. Syahid kekal bertugas di situ sehingga dia ditukarkan ke kota semula. Pak Su akhirnya menjadi ayah angkatnya. Kini, barulah Syahid percaya akan kewujudan hantu walaupun zaman serba canggih. "Hantu penanggal atau penghisap darah ini biasanya kelihatan pada waktu malam dan mangsanya adalah wanita bersalin. Ia terbang dengan perutnya terburai. Boleh di usir dengan benda tajam seperti paku, duri, gunting, kacip dan ekor ikan pari-pari", akhiri Kak Mayang.

Saturday, April 11, 2009

CALL 1111

Filem ini adalah sambungan dari kisah CALL 1111 part 2, sekuel ini menghidangkan aksi seram yang lebih gempak dari 2 sekuel terbarunya. Filem kali ini mengfokuskan pada watak Mizah dan Ibu Nana yang dihantarkan ke hospital akibat serangan tidak berperikemanusiaan Kak Pah. Kali ini Mizah dan Ibu Nana terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan diri dari serangan Polong (Muhamlie) . Bagaimana Polong leh berada dekat hospital? Adakah dia adalah konco Markonah ataupun hantu yang kebetulan memang dok kat spital tuh?ooo... Itu korang tak perlu tau sebab aku yang tulis skrip ni, so kalau aku nak masukkan DORAEMON pon korang tak perlu terkejut (tapi ape kejadahnya DORAEMON leh ada dalam cite seram????????????? kompius.....) .

Kak Pah dan gengnya seperti Rina(RINA), Adeq (ADEQ) DAN Yanty (YANTY) pula masih berkurung dalam bilik koperasi. Kali ini , filem ini menyelitkan perasaan tak puas ati Rina kerana Kak Pah dengan selamba badaknya menghabiskan cucur badak yang dibawa oleh Ina Samosa (INA) tok dijual tetapi tertinggal di Koperasi kerana Ina Samosa terlalu asyik berborak sakan dengan Elly (ELLY) berkenaan dengan bonus yang hampeh tak dapat disebabkan oleh perasaan tamak haloba VADS Celcom pada CSEnyer. Rina tidak dapat menerime kenyataan disebabkan oleh sifat lahap Kak Pah, dia tak dapat merasa kuih cucur badak favouritenyer tuh lalu berpakat dengan Yanty dan Adeq untuk memasukkan Pil Che Kit Teck Aun ke dalam kuah cucur badak toh. Kak Pah yang kelaparan melampau telah menelan kuih cucur badak tanpa perasaan bersalah dan tak sampai dalam tempoh 2 minit perut Kak Pah mengalami proses pengeluaran ADRENALIN yang melampau hingga Kak Pah tergolek-golek menahan sakit yang dengan penuh sadisnya. Keadaan Kak Pah yang over menahan sakit tuh menyebabkan Adeq, Rina dan Yanty tidak dapat menahan ketawa lalu terguling-guling menahan gelak melihat aksi Kak Pah yang sungguh tak bersopan (Cis! Tak senonoh sungguh ko Kak Pah). Kak Pah lak pade mase yang same merasa trauma melihat TL Yus yang berdiri diluar pintu kaca Koperasi. Kaka Pah yang leh berpikir dalam 1 masa 2 mule merase bersalah samada dia perlu mebuang air beso dalam seluar, ataupon kat bilik stor atapon redah je kuar dan masuk ke toilet buang air beso jap. Dia tidak sanggup memikirkan dia bakal menjadi makanan kepada TL Yus yang sedang asyik tersengih kat kauq tuh! Diluarseperti dijangkakan, Tl Yus memerhatikan dengan penuh gembira aksi Kak Pah yang melampau tuh. Walaupon telah menjadi zombie, dia tahu Kak Pah pasti akan berlari ke tandas untuk membuang air besar. Oleh kerana dah terbiasa ngan CSE yang kerojenyer tak habis2x nak Aux2 dan membuang air beso je, so bagi TL Yus inilah peluangnya untuk dia merase daging manusia yang sungguh fresh dan melazatkan. Walaupon dia tahu daging Kak Pah sedikit liat, tetapi itu lebih baik dari non ado...heh3x


VS


Ketua Jembalang bernama Markonah pule merase tension ngan Bomoh Seman(CHI CHI) yang tak habis2x mendail nom Bomoh Semah(DHINA) untuk meminta bantuan. Dia merase tension ngan Jembalangnya(STELLA) yang masih lagi takleh nak menghapuskan Bomoh Seman yang sunggoh biadap menggunakan Maxis Iphone dibangunan Celcom. Walaupon dia cume jembalang, tetapi sifat patriotiknyer lebih tinggi dari CSE Celcom, yelah nama tempat tinggal pon Menara Celcom, haruslah dia menyokong produk Celcom, takkan nak sokong Maxis atau Digi lak? Akibat tidak berpuas hati, Markonah telah melancarkan peluru berpandu dinamakan "ABUGIT" ke arah Bomoh Semah. Tetapi sayang seribu kali sayang, serangan tersebut dapat ditepis oleh Bomoh Seman dengan menggunakan ayat suci al-quran.



MARKONAH sedang memandang Bomoh Seman dengan penuh kenyampahan

Markonah merasa malu kerane dia sendiri pon tak habis Muqadam telah melarikan diri bersama konco-konconya dan bersembunyi di Pejabat SOM (Fauziah) kerana itu jelah tempat yang tak kan dan memang hampeh dan jangan harap dilawati oleh CSE Celcom nih! Sewaktu dia bersembunyi di pejabat SOM nih barulah diketahui satu rahsia besar yang SOM gak bermain PET SOCIETY dengan budak Celcom yang lain dan menggunakan nama samaran MELATI PEMALU (YERK!!!!!!). Maka tergelak sakanlah Markonah ngan konco-konconya seperti Pocong (DAVE), Hantu Kopek (HAFIZ), Kuntilanak (KAK INA) dan konco berpangkat rendah yang lainnyer akan perihal tak senonoh SOM bermain PET SOCIETY. Markonah merase pelik ngan SOM yang malu2x tuk mengaku dia bermain PET SOCIETY sedangkan umah pet Markonahlah, umah yang selalu dilawati oleh SOM (Markonah menggunakan nama samaran PONTIANAK JELITA).

Mizah lak tak menyangka dia leh bertembung ngan Hantu bernama Polong nih....sebenarnya POLONG ini mengikut Mizah ke hospital kerane menyampah dengan perangai Markonah yang kerojenye asyik mebuli je. Polong nie lupa bahawa dia 2 polong dan Mizah nih manusia , dia cube mengajak Mizah berborak pasal isu semasa berkenaan perlantikan NAJIB sebagai Perdana Menteri yang baru, tetapi memandangkan kesengalan Polong yang tahap melampau nih, dia lupa jururawat (ZHANA) dan doktor(ILLA) sedang merawat Mizah yang menjerit tahap kesakitan melampau. Mizah merase terhina kerana Polong 2 bukan saja tak memberi salam yang menjadia amalan umat Islam tapi cube lak mengajaknya berborak isu semasa time tengah sakit nih dan pada mase yang samer memperlekehkan Mizah yang menjerit tahap gaban sebab sakit. Oleh kerane merase terhina, maka dengan penuh bergaya, Mizah melayangkan flying kick pada Polong tuh tapi memandangkan Polong mempunyai kelebihan mengghaibkan diri, doktor lak yang menerima bahanaya dan terpelanting didinding gara-gara tendangan kungfu Shao-Lin Mizah. Mizah yang merase bersalah akhirnya mengambil keputusan untuk memberikan rawatan kecemasan pade doktor yang sudah pengsan-pengsan ikan walaupun hakikatnya dia yang perlu diberi rawatan.

Ibu Nana yang telah menerima rawatan mengambil keputusan untuk keluar hospital dan mendapatkan bantuan Bomoh Semah (DHINA) . Tetapi malangnya, ada plak KFC diluar bangunan spital dan ini menyebabkan Ibu Nana berade dalam keadaan dilema. Dia yang dah lame nak makan ZIGGER BURGER mula tertanya-tanya samade perlu ataupon tak dia memesan burger KFC toh ataupun mendapatkan bantuan Semah. Jadi kepada bakal penonton sekalian cube anda teka adakah Ibu Nana lebih sanggup mengambil masa tok memesan burger tuh atau dia lebih rela mendapatkan bantuan Bomoh Semah yang sekarang ni sedang asyik berkaraoke lagu dangdut bersama anak muridnya bername Shakir (SHAKIRIN)? nantikan...zasssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!

Friday, April 10, 2009

SEKUEL CALL 1111

CHELLAKANU sehandsome nih? MUSTAHIL SAMA SEKALI


Filem kedua ni adalah kesinambungan dari filem CALL 1111, mengisahkan Chellaka (CHELLAKANU) yang kejenye dok mengaco CSE telah cube mebuat onar dengan membeli nom baru CELCOM dan didaftarkan pula di atas namer KANNUCHELLA. Oleh kerana menyampahnya syarikat telpon ngan perangai kekwat Chellaka ini, maka CELCOM, MAXIS dan DIGI mengambil keputusan untuk memblok je chellaka yang giler dari sistem diaorang. Kebetulan malam 31 August adalah malam keliwon, dan si Chellakanu yang memang celako nih cube mencari pasal ngan mendail nom 1111 tok menghuruharakan hidup cse Celcom. Tapi si Chellaka ni memang malang kerano maner ade cse yang tugas malam tuh sebab dah sembunyi kene serang dek jembalang.Kak Pah and the gang memang dah kompem lari dan TL Yus lak dah bertukar menjadi zombie. Tanpa disedari oleh Chellakanu yang menjawab panggilannya adalah..........

IKUTI SKRIP DIBAWAH:
UNKNOWN: CELCOM CARELINE, UNKNOWN SEDIA MEMBANTU, SELAMAT MALAM EN.KANUCHELLA?
CHELLAKA : U panggil name i aper tadi?
UNKNOWN: KANUCHELLA ENCIK!
CHELLAKA: Macam maner u tahu i ni KANU CHELLA?
UNKNOWN: Sebab memang en pon yang tepon!
CHELLAKA:Kalau saya bukan KANUCHELLA?
UNKNOWN:Maksudnye EN.CHELLAKANU?
CHELLAKA:Celaka! U ni agent baru ke?
UNKNOWN: YA ENCIK!
CHELLAKA: Berape lame u kerje?
UNKNOWN:Baru jam 12 tengah malam tadi encik
CHELLAKA: U jangan main2x ye dengan saye.Sejak bile u keje celcom bodoh?
UNKNOWN:BARU SAJE 5 MINIT YANG LEPAS
CHELLAKA:Kurang ajar..berape id u?
UNKNOWN: 1111 encik
CHELLAKA: U jangan main ngan2x...u tau tak setakat ceo u tu SHAZAtut3x (perlu ditapis) u ingat i takut? Mane JAMAL ? I nak cakap ngan dier?
UNKNOWN:MAAF EN. JAMAL ABDILLAH TAK KERJE DISINI!
CHELLAKA:Hey kurang ajar! Sape name u ?
UNKNOWN: UNKNOWN ENCIK!CHELLAKA: Hey u jangan main2x ngan sayer BODOH!
UNKNOWN:TIDAK ENCIK !
CHELLAKA: Panggil supervisor u, i nak cakap dengan dier?
UNKNOWN:SUPERVISOR TAKDE, JENERAL ADER ENCIK TAPI BAHAYA SIKIT
CHELLAKA: I peduli aper, panggil dier skang
UNKNOWN: EN. NAK CAKAP DENGAN DIER KE ATAU NAK JUMPE DIER?
CHELLAKA: I kalau boleh nak jumpe dia kalau boleh!
UNKNOWN: BETOL ENCIK?
CHELLAKA:Suruh dia datang jumpe i sekarang bahlol
UNKNOWN: ROGER AND OUT

Tanpa disedari oleh CHELLAKANU yang menjawab callnya adalah Hantu yang paling famos di MALAYSIA iaitu PENANGGAL (ROSHIE), Maka si penanggal TANPA MALU2X BERGEGAS KE RUMAH CHELLAKANU untuk menghentam CHELLAKANU uang kurang hajaq tuh. Maka pada malam tuh, kedengaranlah suara CHELLAKANU menjerit meminta pertolongan. Apa yang dilakukan oleh PENANGGAL tuh takleh dicitekan kat sini melainkan CELCOM menjadi penaja tok pilem nih!
Manakala Kak Pah and the gang bersembunyi di KOPERASI TINGKAT 2 (memandangkan disitu terdapat banyak stok makanan dan komik yang manjadi kesukaan Kak Pah, itupun hasil idea ADEQ yang sememangnya boleh berpikir ngan clear time darurat nih!). TL Yus yang dah bertukar menjadi ZOMBIE cube memakan bosnyer sendiri MARKONAH tetapi telah ditempeleng oleh MARKONAH sebab cube melawan bos. Memandangkan ZOMBIE hanya tahu makan jerk, langsung tak dipedulikan MARKONAH, dia cuba lak memakan TOYOL KEK COKLAT (CORECHECK), hantu yang bertanggungjawab menjadikan dier ZOMBIE yang tetap maintain jelite, tapi sayangnya TOYOL tuh dah pernah joint merentas desa, maka berlarilah toyol sambil menyanyikan lagu..kudaku lari gagah berani........ maka terkulat-kulatlah TL YUS kerane kelaparan terlampau.

BOMOH SEMAN LAK berpeluh-peluh melawan BAD yang telah dirasuk oleh jembalang (STELLA) tuh. Manakan tidak, pengawal keselamatan tuh baru ajer pekena KOPI TONGKAT ALI, haruslah tak terlawan dek BOMOH SEMAN. Oleh sebab tahap bosan melampau, BOMOH SEMAN meminta kebenaran dari BAD tok menggunakan tepon bimbit barunyer berjenama MAXIS IPHONE tok mendapatkan pertolongan dari BOMOH SEMAH (DHINA), Malangnya BOMOH SEMAN tersilap bangunan kerana BAD yang kerasukan 2 hanya membenarkan untuk BLACKBERRY TEASER ajo dan lalu dijawab oleh BOMOH SEMAN, yang itu kene pre book dulu baru leh dapat! MAKA menangislah BAD memandangkan dia tak alert ngan produk terbaru CELCOM sebab dah lame kene kurung (perlu diingatkan yang menangis ni adalah JEMBALANG). Untuk mengetahui sambungan sekuelnya, nantikan dengan penuh KESABARAN!

Thursday, April 9, 2009

FILEM HANTU AKUS

Aku ade tengok cite hantu..tajuknyer COMING SOON. Tiba2x aku dapat 1 idea tuk hasilkan cite hantu. Aku nak namakan cite hantu aku tuh CALL 1111...Hu3x tengok tajuk je dah menyeramkan (aku jerk yang rase) . Pelakon-pelakon yang ada dalam list aku ialah :

WATAK UTAMA: SEBAGAI :
Sharifah Liza Suriani KAK PAH
NORAZRINA MARIKUN RINA
YANTY SUWARNASIH YANTY
ADEQ ADEQ
Norhamizah Ketua pengawal keselamatan celcom bernama MIZAH
Siti Nurfarhana NANA (Tukang masak di level 05)
Kak Yus TL Yus
Bad Pengawal keselamatan bernama BAD


WATAK HANTU
Stella JEMBALANG CELCOM
Tuty MARKONA
Corecheck TOYOL KEK COKLAT
CHI CHI BOMOH SEMAN


Filem ini mengisahkan watak utama Kak Pah (Sharifah Liza Suriani) yang terlalu takutkan hantu walaupun die giler tengok cite hantu. Pada malam 31 August , kak pah dan5 cse yang lainnya diminta bertugas pada malam hari kemerdekaan tanpa menyedari setiap malam 31 August peristiwa angker pasti menggangu sesaper bertugas malam tus. Lebih malang , Kak Pah telah terjumpa satu bungkusan yang tertanam di tingkat 05 waktu mencuri makan KFC (TAKNAK ADER ORANG MENGECEK..KEDEKUT NYER KAK PAH) dan telah membuka bungkusan itu walaupun di halang ibu Nana, pemilik gerai MEE SOP paling lama bekerja disitu. Kerana dek terikutkan perasaan ingin tahu, Pak Pah telah menggigit tangan Bu Nana sehingga Ibu Nana terpaksa dibawa ke hospital besar kerana gigitan Kak Pah telah menyebabkan Ibu Nana diserang virus berbahaya bernama "AIR LIUR KAK PAH BERBAHAYA". Dek kerana peristiwa itu jembalang2x berpangkat senator dan jeneral yang menunggu masa dilepaskan telah mebuat onar pada malam itu hingga menggugat keselamatan cse yang lainnyer. Kak pah merupakan orang pertama diganggu jembalang (STELLA) berupa JU ONN tuh...cube memberitahu bahaya yang menimpanya kepada TL YUS (KAK YUS), malangnya TL Yus tidak mempercayai cite Kak Pah memandangkan time jawab call pon Kak Pah still maintain tengok cite hantu kat YOU TUBE walaupun time keje. Tl Yus yang berpengalaman mengendalikan cse yang mengular nih berpendapat Kak Pah terlalu memikirkan sangat tang hantu hingga menyebabkan SEREBRUMnyer mengalami kecairan VORNOKULAS (SINDROM TAKSUB ANTU).

Kak Pah yang tidak berputus asa cube mendapatkan bantuan dari KETUA PENGAWAL KESELAMATAN bernama Mizah (NORHAMIZAH DARUS). Mizah yang tidak mempercayai cite karut telah menggelakkkan Kak Pah dengan sadisnye hingga menyebabkan Kak Pah mengamok dan menggigit perot Mizah hingga menyebabkan Mizah orang kedua dimasukkan ke spital pas Ibu Nana (katil bersebelahan lak tuh). Oleh kerana Mizah dimasukkan ke spital, jawatan ketua diganti oleh Bad(BADRUL, pengawal keselamatan yang kerojenyer tido dan mengorat anak dara orang jerk) Kak pah yang dah jadi mereng sket sebab terlampau takut..yelah bile nak buang air besar pon kepala langsuyak (EKIN) still leh keluaq kat lubang tandas, cube memberi amaran kepada rakannya tetapi hanya Rina (NORAZRINA), Yanty (YANTY) dan Adeq (ADEQ) sahaja yang percayakan Kak Pah tapi yang lain hampeh!!!!!!!!!


CORECHECK lebih hensem dalam rupe TOYOL KUI3X

Malam itu jembalang yang diketuai pontianak cantik bername Tuty (TUTY) menyerang MENARA CELCOM (yang tak bayar bonus tuh) besar-besaran. TL YUS yang hampeh tak percaye cite Kak Pah telah diserang Toyol Kek Coklat (CORECHECK) time nak amik gulungan kertas teleorder kat bilik ujung level 11. Sebenarnya Toyol tuh tak berminat pon nak ganggu TL Yus tuh tapi kebetulan lak TL tuh tengah makan kek coklat, so haruslah diserang heh3x.

BAD + STELLA = LINDA BLAIR

Kebetulan Bomoh Seman (CHI CHI) yang jalan kat laluan Celcom (sebab nak pekene teh kat valentine) terase aura jembalang disitu dan cuba memasuki Celcom untuk menyelamatkan mereka yang bertugas waktu malam. Sayangnya BAD telah kerasukan kerana darahnya ditelan oleh Jembalang (STELLA) sebab termakan godaan Stella tuh, telah menghalang Bomoh Seman dari misi menyelamat. Dapatkah Bomoh Seman berbuat sesuatu untuk menyelamatkan mereka2x yang ada gak mebuat dosa kat Celcom tus (tak kire le dosa kecil atau besar)? atau dapatkah Kak Pah dan rakan-rakan menyelamatkan diri dari jembalang dan pada masa yang samer mencari vaksin untuk menyembohkan TL YUS yang ada mase 30 minit je utk diselamatkan sebelum menjadi zombie? Nantikan filem yang pembikinannya masih belum dihasilkan sebab penulis blog ni takde budget membuat filem.

Nota: kalau ader watak mengguris ati..jangan mare gurauan jer!!!!!!!! Filem lain akan menyusul untuk watak yang lain lak.......TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUU

PASSPORT

OOO....Musim bonus dah berlalu..kompem aku takde bonus. Sebab dalam akaun aku still maintain RM10.47 sejak 2 minggu yang lepas. Nevermind..it's okay, lagipun mungkin Pihak pengurusan Kelly mengalami tekanan mental disebabkan oleh pretasi kewangan yang terlalu kukuh dan VADS lak terlalu happy sebab VADS skang sebutannya tak perlu panjang dah..cukup jadi TM jork. Oleh itu aku bertekad untuk memperbaiki pretasi aku tuk menjaga periuk nasi aku sendiri dan TL aku ajo dan tang Management ni lantak pilah. Kalau aku nampak mana2x orang atasan company siot nih, staf hr ke department ape ke, tayar pancit tepi jalan ke jangan harap aku nak tolong, pam ajo ko punye tayar tuh , lagipun setakat pam takkan tak mampu beli kot? Bonus ko kan banyak ? guna jelerrrrrrrkkkkkkkkkkkkkz..ha3x....kui3x.
OOO..4 ur information, 2 ari off days, aku amik kesempatan wat passport. Klaka lak bile tengok gambo aku yang cun (ni aku yang cakap! Mengapa ? Tak pueh hati kerzzz?) dalam passport nih. Siap tertulis dalam passport...leh g mane2x negare kecuali ISRAEL??? Yerk????? Negara per tuh? Tak pernah dengar pon? PALESTIN pernahlah aku dengar...Apsal bile sebut name israel nih tiba2x aku rase cam nak bom je negara tuh? Rakyat dier muke cam ner? Cam manusia ke cam Baberkkkkkk..........Kompius nih! Ops..termengarut lak! Aku amik masa 2 jam tunggu passport siap...so time tuh aku amik masa tok makan dan karaoke jap kat Terminal 1 . Pas 2 aku lik semula, dan amik buku kecik warna merah toh....Balik umah aku mandi, basuh baju, jemur baju dan tido sampai jam 6. Sepupu aku lak g teman Bedah (kakak aku la) ke JAYA JUSCO beli kasut menari tok budak2x TKC. Sambil tido sempatlah aku bermimipikan laki aku..hu2x rindunyer kat hubby aku. Tang mimpi takyahlah aku cito sebab aku mimpi aku dan laki aku jadi fighter tok game ONIMUSHA HA3X....

Monday, April 6, 2009

AKU NAK BONUSSSSSSSSSSSSSSS


BONUS seperti ini tidak diwujud di kompeni kami...Jangan mimpi!!!!!!


Sume tengah cite pasal bonus...itulah cite paling best untuk dijadikan isu gembira atau wat kiter panas membare.Tapi keseluruhannya ialah banyak yang sakit hati giler dari gumbire.Aku pun tak taulah camner management ni handle benda nih (maybe yang tukang handle bonus ni adalah dari mereka yang mendapat peperiksaan UPSR kurang memuaskan ..hmmmmmmmmmm)...Aku malas nak ting tong..sebab kalau ikutkan aku yang dahlah cute nih (Aku ni cute Kak Yus cuteee(oh!Kak Yus 2 adalah TL aku yang aku rase leh jadi peserta tok Malaysian Idol musim depan, kriterianya..mempunyai suara yang paling lantang di level 10 heh3x) aku bomkan jerk Menara nih. Sebenarnya aku benor2x harap dapat bonus, tak kisahlah banyak ke sket ker (tapi saper tak nak banyak bro) kalau leh sebelum Jumaat nih. banyak beno kredit aku nak settle. poning kepalo akus. Adik aku si montok tak habis2x tanya pasal lesen moto, laki aku lak bising soh amik passport...bang! kalau ko bace blog aku nih, aku bukan tak mau amik awal2x..tapi aku tak cukup duit!!!!!!!!!!!!!!!faham tak bang MY MONEY IS NOT ENOUGH! KEY???????
P/N: Jangan meninggikan sore pada laki sendiri..faham zarina?
Mak aku soh gak g Jakarta, dia suh guner duit dia, malas aku. Sian mak akus, dah beso memanjang takkan nak nyusahkan dier.Aku dah fead-up borrow duit mak akus (Aku rase mak aku pun fead up gak) Aku kalau leh nak pastikan mak aku senang ati jo walaupun hati aku parahhhhhhhhhhhhhhhh jerk! Kepada korang yang bace blog aku nih..pekata kite join PERSATUAN PEROMPAK TAKDE DUT SEBAB 2 KAMI MEROMPAK (ok gak name persatuan kus nih?)...mana-mana bank leh kita invite dan ini killsnya sebelum merompak:
1. Jangan lupe beri salam kat kaunter, kite nih orang Islam.
2.Tanya bank yang kite singgah, diaorang ada banyak duit tak (mestilah banyak ngok)
3.Tanya bank leh tak amik duit
4.Kalau tak leh, minta kebenaran tok merompak
5.Kalau tak mau beri, kita rompak cara kasar
6.Pastikan bersekongkol ngan orang keje bank di bank maner kite merompak dan s/guard sekali
7.Bersikap pemurah hati, agihkan sedikit bahagian kepada tebusan dalam bank..sure dia beri kerjasama punyer
Note:Apa yang aku ngarut nih.Sesiapa yang membaca blog ni, jangan MEROMPAK KERANA MEROMPAK TU BISA MEMBUATKAN KITA SAMADA KENE TEMBAK ATAU KENE TAHAN DAN MASUK LOKAP! HU3X

Sunday, April 5, 2009

AKU TAK TAU NAK TULIS PER

Lama dah aku tak tulis kat blog aku nih...sebenonya banyak nak cite tapi aku malas beno nak taip..sebab per? sebab keje aku ni pon memerlukan aku menaip sepanjang maser so aku rase jelak no nak taip.Leh tak kalo ada software yang tak perlukan aku tuk naip, maksudnya aku cakap je, komp 2 tolong tok taipkan tok akus.Heh3x..tapi kalau malas sangat kang susah gak..manusia cam aku ni memang tak tau bersyukur..cube kalau aku takde tangan ha??? Camner zarina? Mulalah ko meraung salahkan tuhan (oh tidak!)...nangis akus. so lebih baiklah aku naip je lo..leh gak exercise jari jemari aku yang gebu nih! oooo...4ur informasi, saringan nyanyi hari 2 aku tak lepas, tapi aku tak kisahlah sebab ini first time aku mencubo.aku peduli per aku tak dapat..heh3x janji cubo ajo! masuk keje aku tak tau nak wat per...selalunya time gini kalau ada geng sekepalo lehlah ngumpat orang, pokok, kedai dan apo2x ajolah yang leh jadi topik bahan ngumpat.Tapi aku rase adalah lebih baik aku bermain game world challenge nih..kelebihannya sile lihat dibawah:
1.Aku leh tido kalau dah penat main
2.Aku leh asah iq aku nih
3.Aku leh tahu setahap gaban maner bi aku nih
4.Aku takde keje nak wat
5.Aku malas nak ngumpat
6.Aku sebenarnya tak tau kelebihan game ni selain dari asah iq
hmmmmmmmmmm..........