CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 24, 2009

UFO

UFO tengah berusaha mendarat diatas air

Aku dari kecik lagi memang suke pada benda pelik...aku suke pade hantu..ufo....planet..mahkhluk aneh...dan ape2x je le yang dikategorikan sebagai pelik. Dan jangan tak caya semua keluarga aku suke pada benda pelik....dan benda pelik ni selalu kitaorang share bersama.

Antara yang menarik minat aku ialah UFO atau kalau diterjemahkan secara saintifiknye Unidentified flying object . Tapi sebagai orang melayu yang berbudi bahasa cam kus..kite panggil die piring terbang jerk. Ala cam kuali mak kite masak kat dapor tu cume saiz die beso sikit la...dan lagi satu kuali umah kite takde tempat dudok dan pramugari...UFO ade kot. Mane le tau diaorang jadikan bumi salah satu planet dalam pakej pelancongan yang perlu dilawati kui3x.

Aku selalu berangan nak naik UFO..tetapi aku terpikir lak camner muker makhluk yang bawa UFO tuh? Adakah mukernye slenge cam muker BAD? Kalau muker cam BAD , aku dengan tidak teragak-agaknya akan membatalkan terus niat aku nak naik UFO. Eh..maaf BAD...aku tak sengaja tertaip name ko..tapi nak delete aku malas lak. Jangan risau pembaca blog aku nih pandai menilai intan dan permata. Mereka tau ko sebenarnya encem tapi bukan hensem. Ceh wat per aku melalut pasal si Bad nih? Karan tol..

Sewaktu aku masih lagi belajo dalam darjah 3, aku mule buat kajian pasal UFO tapi bukan secara ilmiahlah tetapi melalui buku dan filem makhluk asing heh3x.Dan lebih tahap gaban mereng aku nih...aku pernah harap UFO 2 terhempas belakang umah akus..kui3x



Mengapa bukan aku yang nampak UFO terhempas dulu hu3x

Dan di bawah ini aku attachkan kejadian yang melibatkan UFO di beberapa tempat di dunia termasuk Malaysia heh3x

FAKTA ILMIAH MENGENAI UFO :

Piring terbang (juga dipanggil UFO) yang sering dimaksudkan ramai ialah sejenis objek terbang atau fenomena optik yang tidak dikenali. Ia dikatakan merupakan kapal angkasa yang dinaiki makhluk asing (juga dipanggil E.T.). Ribuan manusia telah mengaku bahawa mereka telah melihat piring terbang, dan menangkap gambarnya. Dikatakan bentuk piring terbang itu berbeza-beza, ada yang pipih seperti piring, bulat seperti bola dan lain-lain. Warnanya juga bermacam-macam, malah ada piring terbang yang berubah warnanya apabila ditatap lama-lama.

Namun, sehingga kini kewujudan piring terbang masih tidak dapat dipastikan. Dalam kebanyakan kes, objek yang dianggap sebagai piring terbang itu sebenarnya ialah belon cuaca. Boleh jadi juga objek itu merupakan sebuah satelit, kapal udara, segumpal awan, sebuah meteor, komet, bintang ataupun sekadar bunga api yang meletup di udara. Belum terdapat apa-apa bukti yang mengatakan bahawa planet bumi telah dikunjungi makhluk asing dari planet lain.

Penggunaan istilah "piring terbang" pertama kali digunakan oleh juruterbang Kenneth Arnold yang melihat sembilan objek terbang aneh dalam suatu formasi di atas Gunung Rainier di pergunungan Cascade, Washington. Peristiwa itu terjadi pada 24 Jun 1947. Sejak itu, hal UFO banyak diperkatakan orang. Ia turut pernah dibicarakan di forum PBB pada 27 November 1978.

Dipetik dari Wikipedia.com





Di MALAYSIA :

Misteri kewujudan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) dan makhluk asing terus menjadi topik menarik untuk dibincangkan dalam mana-mana forum, sekalipun di warung kopi. Mungkin ramai enggan mempercayai kewujudan entiti ini, namun topik berkisar UFO dan makhluk asing tanpa disangkal mengundang fantasi dan ketaksuban manusia untuk mengkajinya.

Daripada misteri Area 51 di Tasik Papoose, Nevada, Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan menjadi markas makmal penyelidikan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengkaji kapal angkasa dan makhluk asing, hinggalah laporan penemuan terbaru UFO seperti yang berlaku di St Athan, berhampiran Cardiff, United Kingdom (UK), baru-baru ini, kedua-dua entiti ini ‘menakluki’ pemikiran manusia.

Di Malaysia, laporan penemuan beberapa objek UFO seperti di Tanjung Sepat, Banting, Selangor pada 1995 misalnya, jelas mencetus fenomena. Asia yang dikatakan jarang ‘dilawati’ UFO berbanding negara lain seperti di Eropah dan AS, tidak terlepas terkena tempias dan penangan makhluk hijau ini. Apakah UFO benar-benar wujud? Adakah mereka juga makhluk Tuhan seperti manusia?

Fakta - Antara penemuan UFO di Malaysia



2 Januari 1979 : Foto ini diambil oleh seorang anggota Tentera Udara DiRaja Australia (RAAF) pada pukul 6.15 petang di Butterworth, Pulau Pinang. Objek tersebut dikatakan bersinar terang berwarna oren dan terdapat beberapa buah tingkap di tepi badannya. (Gambar ini disiarkan di akhbar NST ketika itu)

Oktober 1995: penduduk di Tanjung Sepat Banting, Selangor, mendakwa melihat tiga objek UFO empat kali sebulan.

14 Januari 1996: sekumpulan peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis, Johor, gempar melihat sejenis objek di angkasa berbentuk kipas angin mengeluarkan cahaya terang.

21 Februari 1996: penduduk Kampung Parit Awang, Yong Peng, Johor, mendakwa melihat objek bercahaya di ruang udara kira-kira jam 11.30 malam.

26 Mei 1999: seorang penduduk melihat objek bercahaya kebiru-biruan di udara dan cuba mendarat di Gunung Baling.

6 Mac 2000: kira-kira 1,000 penduduk Kampung Gobek, Tanah Merah, Kelantan gempar dengan dakwaan bahawa satu objek mendarat di kawasan tanah lapang berpaya, di kampung itu pada jam 3pagi.

22 Oktober 2000: penduduk Taman Cheras Utama Kuala Lumpur, selesai menunaikan solat Subuh gempar melihat dua objek berputar di angkasa yang mengeluarkan cahaya selama setengah jam.

15 Mei 2004: penduduk di Teluk Kemang, Port Dickson dan Rantau, turut melihat dua objek bujur bercahaya kehijauan menyerupai UFO berlegar di udara.


17 Sep 2005: Foto ini diambil oleh seorang lelaki bernama Aiman di Kampung Pumah Kulat, Ulu Dong, Raub, Pahang. Foto ini adalah daripada filem kamera beliau dan telah disahkan tidak diubahsuai - gambar sebenar (Gambar ini disiarkan di akhbar Harian Metro)


Di AMERIKA:


Click the image to open in full size.

Gambar ini diambil pada 8 mei 1950...adalah antara gambar terwal dan paling popular dikalangan orang² yg terlibat dalam ufo ini..diambil oleh PAUL TRENT dan disaksikan oleh isteri beliau sendri..gambar ini disiarkan di akhbar tempatan di tempat yg bernama MCMINNVILLE, OREGON. pada bulan jun 1950 gambar² yg diambil oleh PAUL TRENT disiarkan di LIFE MAGAZINE


Salah satu gambo UFO di ambil di Washington

INFO MENARIK BALAN-BALAN

Click the image to open in full size.





Click the image to open in full size.

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.

Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.

Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.

AKU YANG CUTE


Dah lama aku tak update blog aku nih... banyak sebabnyer...Antaranya:
1. Aku malas
2. Aku malas
3. Aku malas
Kesimpulannya : Aku malas
Tapi hari ni aku rajin lak nak update blog.. sebab per Antaranya:
1. Restoren city aku tak menunjukkan hasil yang cemerlang
2. Aku tak tau camner nak main game FARM
3. Aku lapo time tengah taip blog nih
4. Aku dah baca semua akhbar online kecuali bahasa inggeris dan jawi
5. Aku dah habis baca majalah Remaja yang saper punya tah
6. Aku baru je habiskan minuman nescafe ais aku beli bungkus ngan adik
7. Aku takleh tido time keje sebab aircond takde
8. Aku tengah pikir camner nak cari duit
9. Ko rase patot ke aku merompak Celcom kat bawah nie?
10.Aku perlukan partner tok join rompakan terbesar dia abad ni. Ade berminat? Sila layari laman web www.jadipencurik.com.my (jangan layari sebab macam biasalah rekaan aku sendiri).
11. Aku baru abis baca blog kak pah
12. Aku panas tapi nasib baik tak lupe pakai dedoran (penting tok mengelakkan bau hamis dan mashinnnnnnnnnnnn)
13.Aku nak g makan pasni
Baru2x ini heboh pasal kisah POCONG mengganas di Celcom..POCONG????????? Apa 2? Macam pernah dengar je ... patung mainan ke? atau koleksi terbaru pinggan mangkuk AVON atau hantu? Setau aku POCONG adalah singakatan dari??????????

Sile lihat dibawah:

P: POCONG
O: OTAK
C: CIBAI
O: OTAK
N: NONOK
G: GONGGORONG
CONCLUSION:Hanya aku je tau maksudnya..jangan pertikai

Tapi takpe ...dengar cite ustaz2x yang mempunyai ijazah dari Universiti Al-Azhar mesir telah menabur lada hitam tok menghalau pocong tuh! Fuh!gune lada hitam? Bukan ke lada hitam 2 lebih baik digunakan tok resipi masakan chopstick...mak aku sentiasa cari lada hitam....tak sangka nak halau antu kene gune lada hitam. Pasni aku nak gunakan cili apilah lak...takyah beli...kutip je kat depan umah aku. Mak aku banyak tanam cili api ..heh3x





Tuesday, May 12, 2009

AKU MALAS NAK SAMBUNG CITE

Dipendekkan cite anjing yang hensem bername Talang tu menjadilah laki si Dayang Sumbi . Tiba-tiba aku malas lak nak cite pasal Sangkuriang nih, yang pasti last sekali impian Sangkuriang nak kawin mak dier tak tercapai..heh3x. Dengan kata lain melanconglah ke Indonesia ...sekian

Monday, May 4, 2009

SAMBUNGAN CERITE DARI BANDUNG

SUKAJADI HOTEL


Sampai kat Bandung jam .430 am (dari Jakarta amik masa 2 jam setengah naik bas), Kami menginap di hotel namanya Hotel Sukajadi (3 bintang)... Cantiknya hotel nih..waalupun 3 bintang tapi cantik....sambil tunggu kunci hotel diagihkan, aku meninjaulah kat hotel tuh. Bile dah dapat kunci aku glah ngan hubby aku kat tingkat 2 cari bilik kitaorang...Masuk je dalam bilik wow..leh tahan gak. Aku terus tukar baju dan boom atas katil...hubby suh kunci jam tapi aku tak larat tgk jam. sebab aku dah ngantok tahap gaban.




Antara tempat shopping yang menyeronokkan



Jam 8.00 am, aku ngan hubbyku dah bersiap turun ke lobby, pas 2 agenda pertama g makan dulu (AGENDA PALING AKU SUKER LE). pas 2 naik bas g shopping. Leh aku katakan Bandung ni syurga untuk membeli-belah...tapi aku malas nak cite bab shopping nih sebab aku sesen pon takde duit g Bandung jadi jangan haraplah korang dengar pasal bab bershopping nih dalam blog akus. Nasib baiklah laki aku belanjo (malu lak). Laki aku siap bawak duit RM2500 and tukar dalam matawang Rupiah ( 6.5 juta rupiah) tapi 2 duit dier bukan akus hu3x..Aku tengok rekan laki aku belanja cam cibai tak kiralah laki ke pompuan..sedih aku..dahlah bonus tak dapat..aku cume dapat makian cust jerk! PIG PUNYER TUT3X....

Sok pagi dalam 19 April 2009, kami g ke Tangkuban Perahu.PAK ALI, tourist guide kami yang lawak tuh bercerita bahawa Tangkuban Perahu ni asalnya dari perahu yang dicampakkan oleh Sangkuriang dan terlangkup kat gunung berapi (Cam adegan dalam cite DRAGON BALL JERK) Sebab itulah gunung berapi disana dinamakan Tangkuban Perahu (mengape tak dinamakan perahu terlangkup?)Kisahnya mengenai Sangkuriang yang jatuh cinta ngan maknya sendiri bernama Dayang sumbi. Dayang Sumbi ni memanglah cun cam muker Diana Daniella zaman kite nilah. Zaman dulu, cite Pak Ali ngan hidung kembang kempisnyer, ada seorang dewi (namanya aku dah lupe..aku reka sendirilah) Dewi Dhani telah dicampakkan ke bumi sebab tak nak kawin ngan seorang dewa bertaraf duda bernama Dewa Q. Memandangkan Dewa Q ni umurnya telah menjangkau 50-an, jadi Dewi Dhani merasakan Dewa K tak layak jadi suaminya kerana dia sudah tua dan dia tidak mahu mengikut jejak langkah Siti Nurhaliza yang sanggup berkawin ngan lelaki tua yang tak ensem tapi kaya.
Dibumi, Dewi Dhani telah disumpah menjadi babi (fu! Sian..camlah takde binatang lain leh tukar ruper), jadilah dia babi yang mukernye sebijik cam babi yang berkeliaran kat Masjid Tanah , Melaka tuh! Kebetulan lak , pada masa yang samer ade seorang putera raja ynag tengah berburu, tiba2x nak kencing lak. Jadi sewaktu dia tengah kencing tak hingat toh, air kencingnya berkumpul dalam daun besar kat situ. Si dewi yang menjadi babir ni lak kebetulan thirsty nak minum. Nampaklah babi tuh air kencing raja yang sebijik cam air teh cap teh Sabah, lalu ditegupnya tak hingat berserta ngan air man????????????????kui2x..teka sendiri ler!!!!!!!!!

Ditakdirkan tuhan, babi yang minum kencing raja ni mengandunglah dan cukup sembilan bulan melahirkan anak manusia berjantina female yang mukernyer sebijik cam Diana Daniella. Nasib baiklah yang kuar 2 manusia, kalau babi lak camner lah rupernyer...tapi Pak Ali 2 Lupe nak cite anak babi ni minum susu per ekkkkkk? Takkan susu babi kot...musykil akus (TAK KENE WABAK SELSEMA BABI KER?)

Apabila anak babi ni meningkat dewasa, dia menjadi pompuan yang sungguh jelita. Tapi sayangnya takde jantan pon nak melihat kejelitaannya sebab dia pon tinggal kat utan dan kebetulan plak dijaga oleh seekor anjing yang yang bernama Talang yang asalnya juga dari dewa. Bersambung.............

Sunday, May 3, 2009

PENGALAMAN DI BANDUNG


Dah lama aku tak updatekan blog aku nih rupernyer. Aku ni lehlah dikategorikan hangat-hangat tahi ayam (tapi aku bukanlah tahi ayam yang kuar kat bontot ayam tuh)..Aku sebenarnya mempunyai tahap kemalasan melampau tok meneruskan aper2x yang aku mulakan..cam PET SOCIETY..dah kebulur binatang 2 aku tak g makan, mandi..entah aper2x tah...Tetapi aku rase aku nak bertobat. Mulai skang aku akan beri pet aku makan..tapi kalau mandi 2, g sendirilah..takkan takleh gerak sendiri...makan epal leh lak..mandi pon nak kene belai gak ke? BODOH PUNYA PET!!!!!!!!!!! HU3X.



Inilah Lapangan terbang yang aku mendarat time sampai kat Jakarta


Aku bertolak ke Bandung pada 17 April 2009, sepatutnya jam 8.00 malam, tetapi disebabkan oleh Air Asia lupe nak beli petrol dari PETRONAS, flight kami ditukar ke jam 11.30 malam dan tiba kat Jakarta dulu baru naik bas ke Bandung..cibai! Itupun bile MAS cam nak tak nak je nak kasi Air Asia gunakan tangki minyaknyer..Itupun kene caj RM2000/seliter.Camner aku tau cite ni, pasal aku yang pandai mereka sendiri, sebab nikan blog akus heh3x. Sebelum berlepas, aku karaoke jap dalam bas yang mebawa aku, hubbyku yang hitam manis nih dan rekan-rekannya dari Bank Rakyat ke Lapangan Terbang Bayan Lepas.Aku dengarlah Asistant Manager Bank Rakyat tuh nyanyi...halamak takyah nyanyi pun takpe...aku bukanlah menghina cume mengutuk je kerana aku bengang ngan sikapnya yang gila mic tuh..Sekali aku nyanyi terdiam daaaaaaaaa (Adalah penting untuk anda empunya blog memuji diri sendiri, sekian terima kasih)Sampai kat saner lepak jap kat MCD makan chicken porridge. Aku kene le makan awal2x sebab kat Air Asia makanan kene beli, malas akus (duit non ado).


Sisi dalaman

Time nak berlepas, Bibah merangkap tourist guide yang cun sibuk agihkan passport kat kitaorang. Laki aku lak sibuk nak pegang passport aku..takut aku terilangkan..Sampai ati laki kus...tapi tak kisahlah janji aku happy ajo....Dalam flight aku dok tepi tingkap..Tiba2x aku teringatkan cite TWILLIGHT ZONE pasal seorang laki 2 jadi giler sebab nampak antu tengah cabut wayar flight...So aku pun tunggulah kot setan gaban tu muncul tok cabutkan kipas air Asia yang aku naik plak...Ceh! sempat lagi aku ngelamun..hu3x. Sepanjang penerbangan laki aku tak lepas langsung pegangan tangannyo kat akus..wah romantiknyer.....pas2 kitaorang tido dalam flight atas bahu masing2x...fuh! kenangan indah tus..heh3x...

MENARA MONAS di Jakarta

Sampai kat Jakarta dalam 1.30 (waktu INDO 12.30) SEJAM AWAL DARI mALAYSIA...kitaorang amik barang pas 2 g kat bas pelancong yang tunggu kitaorang kat luar...Dalam bas kitaorang diagihkan makanan masakan ala padang...lapo punye pasal time 2 gak aku dan laki makan nasi..emmmmm..sedapppppp.aKU SEBENARNYA NAK AMIK SEBUNGKUS LAGI TAPI DEMI MENJAGA AIR MUKER LAKIKU YANG HENSEM NIH AKU DIAM AJO. Tourist guide nama Pak Ali tanya samada kami nak berenti makan kat Hentian Rehat cam kat Malaysia tuh. Tapi masing-masing diam tanda tak mau ler 2...masing-masing dah penat termasuk aku dan hubby. Habis makan, sambil tunggu mata terlelap, sempatlah aku tengok suasana Jakarta pada waktu malam..indah gak Bandar Jakarta nih...Berbeza ngan per aku dengar dan aku baca dalam koran ewahhhhhhhhh! Pas 2 aku tak sedar dah...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

SAMBUNGAN.....


NOTE: Kebanyakan gambo aku ciplak dari google..maklumlah gambo laki aku amik dia tak postkan pada aku lagi...