CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 11, 2009

CALL 1111

Filem ini adalah sambungan dari kisah CALL 1111 part 2, sekuel ini menghidangkan aksi seram yang lebih gempak dari 2 sekuel terbarunya. Filem kali ini mengfokuskan pada watak Mizah dan Ibu Nana yang dihantarkan ke hospital akibat serangan tidak berperikemanusiaan Kak Pah. Kali ini Mizah dan Ibu Nana terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan diri dari serangan Polong (Muhamlie) . Bagaimana Polong leh berada dekat hospital? Adakah dia adalah konco Markonah ataupun hantu yang kebetulan memang dok kat spital tuh?ooo... Itu korang tak perlu tau sebab aku yang tulis skrip ni, so kalau aku nak masukkan DORAEMON pon korang tak perlu terkejut (tapi ape kejadahnya DORAEMON leh ada dalam cite seram????????????? kompius.....) .

Kak Pah dan gengnya seperti Rina(RINA), Adeq (ADEQ) DAN Yanty (YANTY) pula masih berkurung dalam bilik koperasi. Kali ini , filem ini menyelitkan perasaan tak puas ati Rina kerana Kak Pah dengan selamba badaknya menghabiskan cucur badak yang dibawa oleh Ina Samosa (INA) tok dijual tetapi tertinggal di Koperasi kerana Ina Samosa terlalu asyik berborak sakan dengan Elly (ELLY) berkenaan dengan bonus yang hampeh tak dapat disebabkan oleh perasaan tamak haloba VADS Celcom pada CSEnyer. Rina tidak dapat menerime kenyataan disebabkan oleh sifat lahap Kak Pah, dia tak dapat merasa kuih cucur badak favouritenyer tuh lalu berpakat dengan Yanty dan Adeq untuk memasukkan Pil Che Kit Teck Aun ke dalam kuah cucur badak toh. Kak Pah yang kelaparan melampau telah menelan kuih cucur badak tanpa perasaan bersalah dan tak sampai dalam tempoh 2 minit perut Kak Pah mengalami proses pengeluaran ADRENALIN yang melampau hingga Kak Pah tergolek-golek menahan sakit yang dengan penuh sadisnya. Keadaan Kak Pah yang over menahan sakit tuh menyebabkan Adeq, Rina dan Yanty tidak dapat menahan ketawa lalu terguling-guling menahan gelak melihat aksi Kak Pah yang sungguh tak bersopan (Cis! Tak senonoh sungguh ko Kak Pah). Kak Pah lak pade mase yang same merasa trauma melihat TL Yus yang berdiri diluar pintu kaca Koperasi. Kaka Pah yang leh berpikir dalam 1 masa 2 mule merase bersalah samada dia perlu mebuang air beso dalam seluar, ataupon kat bilik stor atapon redah je kuar dan masuk ke toilet buang air beso jap. Dia tidak sanggup memikirkan dia bakal menjadi makanan kepada TL Yus yang sedang asyik tersengih kat kauq tuh! Diluarseperti dijangkakan, Tl Yus memerhatikan dengan penuh gembira aksi Kak Pah yang melampau tuh. Walaupon telah menjadi zombie, dia tahu Kak Pah pasti akan berlari ke tandas untuk membuang air besar. Oleh kerana dah terbiasa ngan CSE yang kerojenyer tak habis2x nak Aux2 dan membuang air beso je, so bagi TL Yus inilah peluangnya untuk dia merase daging manusia yang sungguh fresh dan melazatkan. Walaupon dia tahu daging Kak Pah sedikit liat, tetapi itu lebih baik dari non ado...heh3x


VS


Ketua Jembalang bernama Markonah pule merase tension ngan Bomoh Seman(CHI CHI) yang tak habis2x mendail nom Bomoh Semah(DHINA) untuk meminta bantuan. Dia merase tension ngan Jembalangnya(STELLA) yang masih lagi takleh nak menghapuskan Bomoh Seman yang sunggoh biadap menggunakan Maxis Iphone dibangunan Celcom. Walaupon dia cume jembalang, tetapi sifat patriotiknyer lebih tinggi dari CSE Celcom, yelah nama tempat tinggal pon Menara Celcom, haruslah dia menyokong produk Celcom, takkan nak sokong Maxis atau Digi lak? Akibat tidak berpuas hati, Markonah telah melancarkan peluru berpandu dinamakan "ABUGIT" ke arah Bomoh Semah. Tetapi sayang seribu kali sayang, serangan tersebut dapat ditepis oleh Bomoh Seman dengan menggunakan ayat suci al-quran.



MARKONAH sedang memandang Bomoh Seman dengan penuh kenyampahan

Markonah merasa malu kerane dia sendiri pon tak habis Muqadam telah melarikan diri bersama konco-konconya dan bersembunyi di Pejabat SOM (Fauziah) kerana itu jelah tempat yang tak kan dan memang hampeh dan jangan harap dilawati oleh CSE Celcom nih! Sewaktu dia bersembunyi di pejabat SOM nih barulah diketahui satu rahsia besar yang SOM gak bermain PET SOCIETY dengan budak Celcom yang lain dan menggunakan nama samaran MELATI PEMALU (YERK!!!!!!). Maka tergelak sakanlah Markonah ngan konco-konconya seperti Pocong (DAVE), Hantu Kopek (HAFIZ), Kuntilanak (KAK INA) dan konco berpangkat rendah yang lainnyer akan perihal tak senonoh SOM bermain PET SOCIETY. Markonah merase pelik ngan SOM yang malu2x tuk mengaku dia bermain PET SOCIETY sedangkan umah pet Markonahlah, umah yang selalu dilawati oleh SOM (Markonah menggunakan nama samaran PONTIANAK JELITA).

Mizah lak tak menyangka dia leh bertembung ngan Hantu bernama Polong nih....sebenarnya POLONG ini mengikut Mizah ke hospital kerane menyampah dengan perangai Markonah yang kerojenye asyik mebuli je. Polong nie lupa bahawa dia 2 polong dan Mizah nih manusia , dia cube mengajak Mizah berborak pasal isu semasa berkenaan perlantikan NAJIB sebagai Perdana Menteri yang baru, tetapi memandangkan kesengalan Polong yang tahap melampau nih, dia lupa jururawat (ZHANA) dan doktor(ILLA) sedang merawat Mizah yang menjerit tahap kesakitan melampau. Mizah merase terhina kerana Polong 2 bukan saja tak memberi salam yang menjadia amalan umat Islam tapi cube lak mengajaknya berborak isu semasa time tengah sakit nih dan pada mase yang samer memperlekehkan Mizah yang menjerit tahap gaban sebab sakit. Oleh kerane merase terhina, maka dengan penuh bergaya, Mizah melayangkan flying kick pada Polong tuh tapi memandangkan Polong mempunyai kelebihan mengghaibkan diri, doktor lak yang menerima bahanaya dan terpelanting didinding gara-gara tendangan kungfu Shao-Lin Mizah. Mizah yang merase bersalah akhirnya mengambil keputusan untuk memberikan rawatan kecemasan pade doktor yang sudah pengsan-pengsan ikan walaupun hakikatnya dia yang perlu diberi rawatan.

Ibu Nana yang telah menerima rawatan mengambil keputusan untuk keluar hospital dan mendapatkan bantuan Bomoh Semah (DHINA) . Tetapi malangnya, ada plak KFC diluar bangunan spital dan ini menyebabkan Ibu Nana berade dalam keadaan dilema. Dia yang dah lame nak makan ZIGGER BURGER mula tertanya-tanya samade perlu ataupon tak dia memesan burger KFC toh ataupun mendapatkan bantuan Semah. Jadi kepada bakal penonton sekalian cube anda teka adakah Ibu Nana lebih sanggup mengambil masa tok memesan burger tuh atau dia lebih rela mendapatkan bantuan Bomoh Semah yang sekarang ni sedang asyik berkaraoke lagu dangdut bersama anak muridnya bername Shakir (SHAKIRIN)? nantikan...zasssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

  1. lawak nyer cerita kau ni...heheheheheh lenguh pipi gelak

    ReplyDelete
  2. hahahhah sesuai bomoh seman kena abugit!!!!!

    ReplyDelete