CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 12, 2009

BALAN-BALAN


Korang pernah tak dengaq cite pasal BALAN-BALAN? Mesti tak pernah kan? Tok pengetahuan korang Balan2x ni memang fames kat Sabah (kalau tak caya leh tanya ANNE, sebab dia orang Sandakan Sabah)..Yelah memandangkan mak aku nih cina sabah, jadi sedikit sebanyak dapatlah aku mengorek beberapa cite pasal antu kat Sabah nih! Dan cite hantu paling faymes adalah BALAN-BALAN.... Memandangkan fames nor cite hantu nih, maka dengan bangganya aku akan filemkan kisah ni dan inilah citenya.....


Filem ini mengisahkan Sara (Sara) yang hobinya suker benor mengular tok mencuri jambu batu di rumah Pak Khaidrus (Khaidrus). Bersama gengnyer "AFIQ DAN ABAH " iaitu Afiq (AFIQ), Zharif (ZHARIF) dan Diana (DIANA), mereka merancang tok mencuri jambu batu di rumah Pak Khaidrus kerana buah jambu yang ada beberapa biji tuh dan cukup matang dan montok untuk dipetik. Sara ni sebenornya bukanlah suker sangat ngan buah jambu Pak Sepit nih, dahlah tak sedap pahit lak tuh! Tetapi memandangkan di rumah Pak Khaidrus toh ada jejake ansem bernama Zainuddin (ZAINUDDIN) maka Sara mengambil keputusan tok mencuri gak buah jambu 2 sambil menjeling ke rumah Pak Khaidrus kalau-kalau jejaka idaman malaya toh moncol kat tingkap umah .


Diana tidak bersetuju dengan plan Sarah yang tak best nih. Dia lebih suker kalau Sara dan geng-gengnyer mencuri Buah Naga di rumah Makcik Zhana (ZHANA). YELAH SETAKAT JAMBU BATU TUH APA CUR? LAINLAH buah naga, sebab buahnya lebih besar dari jambu batu dan jambu plak kepala batu sebab tulah tak sedap di makan heh3x. Sara merase tension ngan idea Diana yang tak bernas toh, (dia tau sebenarnya Diana dengki ngan kehebatan Sara yang leh menghabiskan buah jambu batu dalam tempoh 2 saat jerk) lalu dia mengambil keputusan tok mencuri buah jambu Pak Khaidrus pada tanggal 12 Rabiulawal tahun hijrah jam 2.00 pagi (Sara kene curi lewat sket sebab dia nak tengok CSI kat AXN ulangan jam 11.30 malam) sorang2x jerk.

Tepat jam 2.00 pagi, Sara yang membungkus dirinya ngan kain batik maknya yang baru disidai di ampaian berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah Pak Khaidrus. Sara sebenarnya berpendapat adalah lebih baik kalau dia berjalan merangkak jer kerane macam best lak dia tengok adegan tuh dalam cite JU ONN. Tetapi Sara membatalkan niatnya sebab dia tahu mesti penonton filem nih berpendapat adalah bodoh tok dia merangkak sedangkan dia ada 2 kaki yang leh digunakan tok berjalan. Pada masa yang samer, Sara cuber tok menghubungi DIANA sebab Sara sebenarnya seorang yang penakut tetapi gagal sebab camner dia nak hubungi pompuan tuh sedangkan telpon bimbit belum gir dicipta pada tahun 50-an.....Sarah yang ketensionan memberanikan diri tok berjalan sorang2x dengan niat yang memang tak baik langsung tuh!

Sampai di depan pagar umah Pak Khaidrus , Sara ternampak kelibat seorang jejaka sedang asyik mencabut bulu ketiak di atas tangga. Kecut dan cuak jugalah Sara kerane agak pelik gaklah camner ada manusia tergamak mencabut bulu ketiak pagi buta nih dan dalam gelap plak toh. Tetapi di bawah cahaya bulan mengambang, Sara yang dalam cobaannya tok membatalkan niat tak baiknya toh terkejut melihat wajah jejaka di tangga toh..hah! siapa lagi kalo bukan Zainudin berambut putih dan bercermin mata toh.....Terkecur air liur Sara melihat betapa tegapnya tubuh kurus kering Zainudin yang sungguh seksi toh.

Tiba2x Sara melihat kepala si Zainudin berpusing-pusing..aik? Sara terpinga kehairanan..cam gasing pon ado. Yang lebih menakutkan kepala Zainudin tercabot dan tiba-tiba terkeluar dari badan ngan usus-ususnyer sekali. Sara yang tak pernah melihat adegan ngeri toh melainkan dalam cite FREDDY NIGHTMARE menjerit ketakutan dan mengambil keputusan tok blah jerk dari situ. Dia tidak peduli lagi samada Zainudin 2 hansem ataupon tak . Lagipun perlu ke dia berkawin ngan jantanz berkepala gasing camtuh (Aik? Kesitu plak si Sara) si Zainudin yang bertukar menjadi balan-balan toh telah mendengar jeritan Sara dan terus mengejar Sarah dengan kepalanyer jerk..ha..Sara apalagi menunjukkan skillnya dengan berlari menggunakan tenaga cahaya yang diadaptasi dari kartun DRAGONBALL. Tetapi sayangnyer, Sara still gak di tempat dia berdiri, tak bergerak-gerak (rupernyer bajunya tersangkut kat dahan pokok) Si Zainudin yang tengah kelaparan daging manusia toh merase cuak gak melihat Sara yang ada kat situ (Yelah dia pon minat kat Sara gak dan ada ura-ura nak masuk meminang) tapi sebab dah lame tak pekene LAMB STEEK...Zainudin berpendapat Sarah pon Sarahlah (lagipun kecur liur dia melihat kemontokan Sara yang tahap gaban toh)..janji dia kenyang...(Zainudin tak mahu menjadi senasib TL Yus yang menjadi Zombie kurang cerdik sebab terpakso berlapo sebab tak tau bukak pintu KOPERASI time tengok Kak Pah terguling sakit perot).

Sara coba gak mencabut bajunya yang tersangkut dari ranting pokok kuang asam toh. Dah cube berkali-kali pon tak dapat. Si Zainuddin lak ngan penuh kegembiraan bakal mendapat LAMB STEEK semakin laju mendekati Sara dalam lingkungan 14 meter. Sara yang terlalu takut tahap cipan mengambil keputusan untuk bertukar menjadi INCRIDIBLE HULK dan mencabot bajunya dari dahan pokok toh. Sayangnya , Sara tak perlu mencabut dahan toh lagi kerane dengan keganasan Sara yang amat sadis toh , dia bukan sahaja telah mematahkan dahan toh tapi ngan pokoknya sekali. Kalau dah bertukar menjadi raksasa hijau, penonton pasti tahu mestilah rabak Baju Sara sebab mengembang lebih dari sepatutnyer. Maka Sara mengambil keputusan tok menjadikan daun pokok sebagai fesyen terbaru bajurnyer. Sambil 2, penonton harus ingat, Sara mengambil alternatif gak tok menyelamatkan diri ngan membaling buah kelapa ke arah balan-balan yang tak hansem toh ngan skrpnya cam nilah bunyinyer... "MATILAH KO"

Zainudin balan-balan semakin mendekati Sara yang tak habis-habis melatah kerane terlalu ketakutan. Penonton sekalian, adakah Sara dapat menyelamatkan dirinya dari menjadi habuan Zainudin yang rakus itu? Dan bagaimana pula plan Diana and the gang, adakah mereka berjaya mencuri buah naga tersebut..nantikan kesudahannya....


INFO TAMBAHAN
Contoh kisah menganai BALAN-BALAN :

KAJANG, Selangor. Sepasang suami isteri begitu terkejut apabila mengetahui anak perempuannya adalah hantu penanggal. Anak gadis yang dijumpai beberapa tahun lalu terus dijadikan anak angkat pasangan tanpa berfikir panjang. Kebetulan pada masa itu, mereka belum di kurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin. Di pelihara gadis itu seperti menatang minyak yang penuh. Segala keinginannya cuba di penuhi. Malah mereka merasa bangga setiap kali orang kampung memuji kecantikkan anaknya. Bukan setakat cantik rupa paras, malah budi bahasa anak gadisnya disenangi oleh penduduk kampung.

Namun segala rahsia mengenai gadis tersebut terbongkar apabila dia berkahwin dengan seorang guru muda yang mengajar di kampung terpencil setelah keluarganya berpindah ke situ. Kejadian itu di sahkan oleh Kak Mayang sendiri salah seorang pengamal perubatan tradisional. Cerita Kak Mayang, Syahid(bukan nama sebenar) berasal dari kota dan telah di tugaskan di sebuah kampung terpencil. Syahid, pemuda tampan yang pada mulanya tidak selesa tinggal di kampung yang masih mundur, di kelilingi hutan dan tiada kemudahan air paip. Meskipun ada api elektrik, itupun hanya beberapa buah rumah saja yang ada.

Dia seorang guru lepasan universiti. Setelah mengajar beberapa bulan, dia pun membeli sebuah kereta. Megahlah dia dengan kereta barunya. Ramai pelajar perempuan dan gadis di kampung itu berkenan padanya. Tapi,Syahid langsung tidak pandang sebelah mata. Dia tidak sudi berkawan dan bercinta dengan gadis kampung. Kalaupun dia mahu beristeri pasti dia akan pulang melamar gadis kota. Takdirnya pada satu hari satu keluarga berpindah tidak berapa jauh dari rumah sewanya. Pakcik dan makcik tua itu mempunyai seorang anak perempuan yang cantik, baik rupa parasnya. Berkulit putih, bertubuh kurus tinggi dan berambut panjang melepasi punggung. Pertama kali melihatnya jantung dan dada Syahid berdebar-debar tak menentu. Setiap saat, wajah dan diri perempuan itu terbayang di ruang matanya. Apakah dia sudah jatuh cinta dengan perempuan tersebut. Tidak mungkin. Dia mahu menolak kenyataan itu. Dia tidak mahu jatuh hati dengan gadis kampung.

Namun godaan perempuan anak jirannya itu terlalu kuat. Entah ilmu apa yang dipakainya pun dia tak tahu. Akhirnya, Syahid berkahwin dengan perempuan itu. Bininya memang kuat nafsu. Setiap malam pasti membuat dia terkapai kelemasan. Kenikmatan yang di perolehi dari bininya tidak pernah di rasai sebelum ini. Bininya benar-benar hebat di dalam kamar tidur.Setelah berkahwin dia jarang sekali menjenguk keluarganya di bandar. Dia rasa malas malah kaki pun seolah-olah berat untuk pulang ke rumah. Emak dan ayahnya juga tidak tahu yang dia telah berkahwin. Hanya orang kampung dan beberapa rakan setugasnya sahaja yang menghadiri majlis perkahwinannya. Macammanapun Syahid merasa bangga bila ramai orang memuji kecantikan isteri kesayangannya itu.

Walaupun ramai orang pelik dengan bininya, tetapi tidak bagi Syahid. Dia sebolehnya tidak mahu mana-mana lelaki pun melihat bininya, bukan sahaja dia cemburu tapi takut lelaki lain merampas bininya nanti. Dia amat sayang dan cintakan bininya. Perasaan itu terbit setelah dia melakukan hubungan seks dengan bininya. Itulah yang anehnya. Tiba-tiba satu kampung gempar bila dua tiga orang perempuan bersalin mati kehilangan darah. Orang kampung merasa pelik dan hairan. Dari dua tiga orang sampailah ke sepuluh orang. Orang kampung mula resah. Mana-mana orang yang ada bini yang sedang sarat mengandung mula menaruh rasa bimbang. Orang kampung mula bermesyuarat dan menjalankan penyiasatan. Semuanya bersepakat menyatakan yang bini Syahid yang lawa itu punya angkara. Bila di beritahu pada Syahid, dia tidak percaya malah menafikan sekeras-kerasnya.

"Takkanlah bini saya itu hantu Pak Su. Dia manusia. Orang kata hantu tak ada kaki. Tapi bini saya ada kaki,"kata Syahid. "Cikgu, hantu banyak jenisnya. Jangan cikgu tertipu. Bila balik cuba perhati betul-betul semua gerak-gerinya," nasihat Pak Su seorang tua yang berilmu di kampung itu. Syahid terdiam dan bila pulang ke rumah jenuh di perhati gerak geri isterinya. Pun tiada yang pelik. Dia lihat isterinya begitu cantik serta sempurna. Seksi dan mengiurkan. Malah peha dan kaki bininya putih melepak. Makin di renung dia pula yang naik nafsu. Akhirnya malam itu dia terdampar di kerjakan bininya. Esok seorang lagi perempuan bersalin mati kerana tumpah darah. Bini Syahid di tuduh menjadi penyebabnya. Syahid bengang separuh mati.

"Lagi-lagi bini saya yang di tuduh. Kenapa tidak perempuan lain?", marah Syahid. "Sebab bini kau hantu penanggal", Pak Su terpaksa berterus terang. Syahid bingung. Beberapa orang kampung terlopong dan saling sesama sendiri. "Pak Su tak ada bukti tuduh bini saya begitu", Syahid menyinga kegeraman. "Kalau cikgu nak bukti Pak Su boleh tunjukkan.Tapi Pak Su kena tidur rumah cikgu. Macam mana?",tanya Pak Su. Bini saya tak suka orang luar datang rumah, apalagi tidur",ujar Syahid. "Kalau begitu cikgu jangan kunci pintu dapur, biar Pak Su masuk perlahan-lahan",terang Pak Su. "Pukul berapa Pak Su nak masuk?Lewat malamlah", pinta Syahid. "Iyelah, takkan Pak Su nak masuk awal pula. Pak Su faham", luah Pak Su tersenyum.

Akhirnya Syahid bersetuju setelah dipujuk oleh Pak Su dan orang kampung. Lagipun dia sendiri nak tengok apa itu hantu penanggal. Benarkah selama ini dia hidup, tidur dan bersetubuh dengan hantu? Eeee....tiba-tiba dia berasa seram. Tegak bulu romanya. Kenapalah sebelum ini dia tidak merasa sedemikian. Tatkala Syahid pulang petang itu, bininya sedang nyenyak tidur di kamar. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Pak Su. Hantu 'feel'nya gemar tidur di siang hari. Malam itu keluar merayau mencari mangsa, mencari darah segar. Bulu romanya meremang lagi. Lewat malam itu selepas dia bersetubuh dengan isterinya sekali lagi Syahid terdampar keletihan.

Dia sedar bila di kejutkan oleh Pak Su dan beberapa orang kampung. Dalam kamar tidur yang samar itu semuanya terkejut apabila melihat bini Syahid tidur meniarap tanpa kepala. Jendela terbuka luas. Syahid sendiri terkejut bukan kepalang. Tanpa sedar dia terkencing dalam kain dan lututnya terketar-ketar. "Di mana kepalanya Pak Su", tanya Syahid kehairanan. "Kepalanya terbang mencari darah", bisik Pak Su perlahan. "Terbang cari darah", Syahid terkejut dan mahu rebah. Mujur cepat di sambar Pak Su. Selepas itu, Pak Su menjalankan kerjanya dengan membalikkan tubuh bini Syahid secara terlentang. Kemudian mereka menanti kepulangan bini Syahid. Bini Syahid terbang pulang hampir dinihari dengan rambut menggerbang dan perut merumbai. Dari jauh nampak seperti komet berekor dan bercahaya. Langsung terbang mesuk melalui pintu jendela yang terbuka luas.

Semuanya bersembunyi dalam gelap dan Syahid pula berpura-pura tidur. Bininya tertidur nyenyak. Benarlah bininya hantu penanggal. Menjelang pagi, bini Syahid telah berubah wajah dan posisi. Dari cantik menjadi hodoh. Wajahnya juga menghala ke belakang. Bini Syahid menjerit-jerit dan malu sebab orang dah tahu siapa dirinya yang sebenar termasuklah suaminya, Syahid. Pak Su bertindak menyuruh bini Syahid lari kedalam hutan atau di tikam dengan buluh runcing di tangannya. Pak Su tak mahu orang kampung di ganggu lagi. Kerana takutkan Pak Su, hantu penanggal itu pun terbang lari ke dalam hutan.

Syahid pengsan. Tetapi berjaya di pulihkan oleh Pak Su. Syahid kekal bertugas di situ sehingga dia ditukarkan ke kota semula. Pak Su akhirnya menjadi ayah angkatnya. Kini, barulah Syahid percaya akan kewujudan hantu walaupun zaman serba canggih. "Hantu penanggal atau penghisap darah ini biasanya kelihatan pada waktu malam dan mangsanya adalah wanita bersalin. Ia terbang dengan perutnya terburai. Boleh di usir dengan benda tajam seperti paku, duri, gunting, kacip dan ekor ikan pari-pari", akhiri Kak Mayang.

4 comments:

  1. aku kerrr?
    konpius kejapp aku
    ptut laa die x bg aku baca mse dok reka crita niiii
    matila kauuuuu

    ReplyDelete
  2. kekekekeeke..aku leh bayang sara comey dlm citer nih...

    ReplyDelete
  3. hik hik..
    masa tuh mesti terjojol kan..
    adoilah..
    otakku!!~~

    ReplyDelete
  4. lawak lah citer ko nie...
    citer yang lepas pun tak habis sambungan nyer lagi...
    dah ada yang baru..
    habis kan lah siri yang lama tue...
    hahahahaha...

    ReplyDelete