Aku sebenarnya ade satu isu nak diperkatakan..tapi aku perlu g toilet jap. sebab aper? Sebab aku nak buang air beso. Ini kenyataan rakan2x..so akan bersambung selepas ini....
Tuesday, August 18, 2009
AKU NAK WAT CITE TAPI AKU SAKIT PEROT..ZASSSSS.......
Aku sebenarnya ade satu isu nak diperkatakan..tapi aku perlu g toilet jap. sebab aper? Sebab aku nak buang air beso. Ini kenyataan rakan2x..so akan bersambung selepas ini....
Thursday, August 13, 2009
INILAH WIKUS yang aku rasekan sengal pada mulernyer
Citenyer mengisahkan pasal ahli sains yang dilantik MNU named Wikus yang perlahan-lahan bertukar jadi alien sebab tangannya 2 gatal bebenor nak bukak silinder yang disorok oleh mahkluk asing (2lah Wikus, nak bukak barang org minta izin dulu walaupon 2 alien bukan orang) bertujuan nak balik semula kat planet diaorang sebab manusia-manusia kat bumi terutama yang berkulit putih dan terlebih hitam ni sengal sangat nak menganiayai dorang. Si Wikus ni tak tau nak wat per lagi cube mendapatkan bantuan dari rakan-rakan tapi boo di layan. Lat-lastnya dia dapat idea menyorok kat penempatan makhluk asing kat bumi (Penempatan Indo dan Bangla lapan kali ganda lebih cantik dari penempatan alien nih). Dekat situ dia berjumpa ngan makhluk asing yang sorokkan silinder 2, dan alien bijak ni berjanji nak bantu dia pulihkan jadi manusia balik kalau si Wikus bantu dia dapatkan balik silinder yang Wikus ni amik dan kini dirampas oleh MNU (Kalau Alien tak cakap camtuh haramlah Si wikus nak bantu).
Saturday, July 4, 2009
AKU NAK SAMBUNG BELAJAR
Wednesday, June 3, 2009
HARI SANTAI TIME CUTI
Pertamanya :
1. Cik ani akan letakkan makanannya kat umah aku, so aku rase takde masalah tok aku amik makanan 2 sambil main game kat umah aku
2. Ada intv terbuka, santai dan tak memeningkan kepala
3. aku nak bawak anak sedara aku mandi kolam renang kat paroi
4.Montok balik tapi tak mintak duit aku (selamat)
5. Aku nak tengok cd stephen chow sampai koma
6. Aku akan tido tahap gaban
7. Tolong mak aku buat keje umah
8.Mengumpat jiran aku Cik Ani
SEKIAN..........
Sunday, May 24, 2009
UFO
Antara yang menarik minat aku ialah UFO atau kalau diterjemahkan secara saintifiknye Unidentified flying object . Tapi sebagai orang melayu yang berbudi bahasa cam kus..kite panggil die piring terbang jerk. Ala cam kuali mak kite masak kat dapor tu cume saiz die beso sikit la...dan lagi satu kuali umah kite takde tempat dudok dan pramugari...UFO ade kot. Mane le tau diaorang jadikan bumi salah satu planet dalam pakej pelancongan yang perlu dilawati kui3x.
Aku selalu berangan nak naik UFO..tetapi aku terpikir lak camner muker makhluk yang bawa UFO tuh? Adakah mukernye slenge cam muker BAD? Kalau muker cam BAD , aku dengan tidak teragak-agaknya akan membatalkan terus niat aku nak naik UFO. Eh..maaf BAD...aku tak sengaja tertaip name ko..tapi nak delete aku malas lak. Jangan risau pembaca blog aku nih pandai menilai intan dan permata. Mereka tau ko sebenarnya encem tapi bukan hensem. Ceh wat per aku melalut pasal si Bad nih? Karan tol..

Dan di bawah ini aku attachkan kejadian yang melibatkan UFO di beberapa tempat di dunia termasuk Malaysia heh3x
FAKTA ILMIAH MENGENAI UFO :
Piring terbang (juga dipanggil UFO) yang sering dimaksudkan ramai ialah sejenis objek terbang atau fenomena optik yang tidak dikenali. Ia dikatakan merupakan kapal angkasa yang dinaiki makhluk asing (juga dipanggil E.T.). Ribuan manusia telah mengaku bahawa mereka telah melihat piring terbang, dan menangkap gambarnya. Dikatakan bentuk piring terbang itu berbeza-beza, ada yang pipih seperti piring, bulat seperti bola dan lain-lain. Warnanya juga bermacam-macam, malah ada piring terbang yang berubah warnanya apabila ditatap lama-lama.
Namun, sehingga kini kewujudan piring terbang masih tidak dapat dipastikan. Dalam kebanyakan kes, objek yang dianggap sebagai piring terbang itu sebenarnya ialah belon cuaca. Boleh jadi juga objek itu merupakan sebuah satelit, kapal udara, segumpal awan, sebuah meteor, komet, bintang ataupun sekadar bunga api yang meletup di udara. Belum terdapat apa-apa bukti yang mengatakan bahawa planet bumi telah dikunjungi makhluk asing dari planet lain.
Penggunaan istilah "piring terbang" pertama kali digunakan oleh juruterbang Kenneth Arnold yang melihat sembilan objek terbang aneh dalam suatu formasi di atas Gunung Rainier di pergunungan Cascade, Washington. Peristiwa itu terjadi pada 24 Jun 1947. Sejak itu, hal UFO banyak diperkatakan orang. Ia turut pernah dibicarakan di forum PBB pada 27 November 1978.
Dipetik dari Wikipedia.com
Di MALAYSIA :
Daripada misteri Area 51 di Tasik Papoose, Nevada, Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan menjadi markas makmal penyelidikan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengkaji kapal angkasa dan makhluk asing, hinggalah laporan penemuan terbaru UFO seperti yang berlaku di St Athan, berhampiran Cardiff, United Kingdom (UK), baru-baru ini, kedua-dua entiti ini ‘menakluki’ pemikiran manusia.
Di Malaysia, laporan penemuan beberapa objek UFO seperti di Tanjung Sepat, Banting, Selangor pada 1995 misalnya, jelas mencetus fenomena. Asia yang dikatakan jarang ‘dilawati’ UFO berbanding negara lain seperti di Eropah dan AS, tidak terlepas terkena tempias dan penangan makhluk hijau ini. Apakah UFO benar-benar wujud? Adakah mereka juga makhluk Tuhan seperti manusia?
Fakta - Antara penemuan UFO di Malaysia
Oktober 1995: penduduk di Tanjung Sepat Banting, Selangor, mendakwa melihat tiga objek UFO empat kali sebulan.
14 Januari 1996: sekumpulan peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis, Johor, gempar melihat sejenis objek di angkasa berbentuk kipas angin mengeluarkan cahaya terang.
21 Februari 1996: penduduk Kampung Parit Awang, Yong Peng, Johor, mendakwa melihat objek bercahaya di ruang udara kira-kira jam 11.30 malam.
26 Mei 1999: seorang penduduk melihat objek bercahaya kebiru-biruan di udara dan cuba mendarat di Gunung Baling.
6 Mac 2000: kira-kira 1,000 penduduk Kampung Gobek, Tanah Merah, Kelantan gempar dengan dakwaan bahawa satu objek mendarat di kawasan tanah lapang berpaya, di kampung itu pada jam 3pagi.
22 Oktober 2000: penduduk Taman Cheras Utama Kuala Lumpur, selesai menunaikan solat Subuh gempar melihat dua objek berputar di angkasa yang mengeluarkan cahaya selama setengah jam.
15 Mei 2004: penduduk di Teluk Kemang, Port Dickson dan Rantau, turut melihat dua objek bujur bercahaya kehijauan menyerupai UFO berlegar di udara.
17 Sep 2005: Foto ini diambil oleh seorang lelaki bernama Aiman di Kampung Pumah Kulat, Ulu Dong, Raub, Pahang. Foto ini adalah daripada filem kamera beliau dan telah disahkan tidak diubahsuai - gambar sebenar (Gambar ini disiarkan di akhbar Harian Metro)
Di AMERIKA:


INFO MENARIK BALAN-BALAN
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.
Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.
Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.
AKU YANG CUTE
1. Aku malas
2. Aku malas
3. Aku malas
Kesimpulannya : Aku malas
Tapi hari ni aku rajin lak nak update blog.. sebab per Antaranya:
1. Restoren city aku tak menunjukkan hasil yang cemerlang
2. Aku tak tau camner nak main game FARM
3. Aku lapo time tengah taip blog nih
4. Aku dah baca semua akhbar online kecuali bahasa inggeris dan jawi
5. Aku dah habis baca majalah Remaja yang saper punya tah
6. Aku baru je habiskan minuman nescafe ais aku beli bungkus ngan adik
7. Aku takleh tido time keje sebab aircond takde
8. Aku tengah pikir camner nak cari duit
9. Ko rase patot ke aku merompak Celcom kat bawah nie?
10.Aku perlukan partner tok join rompakan terbesar dia abad ni. Ade berminat? Sila layari laman web www.jadipencurik.com.my (jangan layari sebab macam biasalah rekaan aku sendiri).
11. Aku baru abis baca blog kak pah
12. Aku panas tapi nasib baik tak lupe pakai dedoran (penting tok mengelakkan bau hamis dan mashinnnnnnnnnnnn)
13.Aku nak g makan pasni
Baru2x ini heboh pasal kisah POCONG mengganas di Celcom..POCONG????????? Apa 2? Macam pernah dengar je ... patung mainan ke? atau koleksi terbaru pinggan mangkuk AVON atau hantu? Setau aku POCONG adalah singakatan dari??????????
Sile lihat dibawah:
P: POCONG
O: OTAK
C: CIBAI
O: OTAK
N: NONOK
G: GONGGORONG
CONCLUSION:Hanya aku je tau maksudnya..jangan pertikai
Tapi takpe ...dengar cite ustaz2x yang mempunyai ijazah dari Universiti Al-Azhar mesir telah menabur lada hitam tok menghalau pocong tuh! Fuh!gune lada hitam? Bukan ke lada hitam 2 lebih baik digunakan tok resipi masakan chopstick...mak aku sentiasa cari lada hitam....tak sangka nak halau antu kene gune lada hitam. Pasni aku nak gunakan cili apilah lak...takyah beli...kutip je kat depan umah aku. Mak aku banyak tanam cili api ..heh3x
Tuesday, May 12, 2009
AKU MALAS NAK SAMBUNG CITE
Monday, May 4, 2009
SAMBUNGAN CERITE DARI BANDUNG
Sampai kat Bandung jam .430 am (dari Jakarta amik masa 2 jam setengah naik bas), Kami menginap di hotel namanya Hotel Sukajadi (3 bintang)... Cantiknya hotel nih..waalupun 3 bintang tapi cantik....sambil tunggu kunci hotel diagihkan, aku meninjaulah kat hotel tuh. Bile dah dapat kunci aku glah ngan hubby aku kat tingkat 2 cari bilik kitaorang...Masuk je dalam bilik wow..leh tahan gak. Aku terus tukar baju dan boom atas katil...hubby suh kunci jam tapi aku tak larat tgk jam. sebab aku dah ngantok tahap gaban.


Jam 8.00 am, aku ngan hubbyku dah bersiap turun ke lobby, pas 2 agenda pertama g makan dulu (AGENDA PALING AKU SUKER LE). pas 2 naik bas g shopping. Leh aku katakan Bandung ni syurga untuk membeli-belah...tapi aku malas nak cite bab shopping nih sebab aku sesen pon takde duit g Bandung jadi jangan haraplah korang dengar pasal bab bershopping nih dalam blog akus. Nasib baiklah laki aku belanjo (malu lak). Laki aku siap bawak duit RM2500 and tukar dalam matawang Rupiah ( 6.5 juta rupiah) tapi 2 duit dier bukan akus hu3x..Aku tengok rekan laki aku belanja cam cibai tak kiralah laki ke pompuan..sedih aku..dahlah bonus tak dapat..aku cume dapat makian cust jerk! PIG PUNYER TUT3X....

Ditakdirkan tuhan, babi yang minum kencing raja ni mengandunglah dan cukup sembilan bulan melahirkan anak manusia berjantina female yang mukernyer sebijik cam Diana Daniella. Nasib baiklah yang kuar 2 manusia, kalau babi lak camner lah rupernyer...tapi Pak Ali 2 Lupe nak cite anak babi ni minum susu per ekkkkkk? Takkan susu babi kot...musykil akus (TAK KENE WABAK SELSEMA BABI KER?)
Sunday, May 3, 2009
PENGALAMAN DI BANDUNG
Dah lama aku tak updatekan blog aku nih rupernyer. Aku ni lehlah dikategorikan hangat-hangat tahi ayam (tapi aku bukanlah tahi ayam yang kuar kat bontot ayam tuh)..Aku sebenarnya mempunyai tahap kemalasan melampau tok meneruskan aper2x yang aku mulakan..cam PET SOCIETY..dah kebulur binatang 2 aku tak g makan, mandi..entah aper2x tah...Tetapi aku rase aku nak bertobat. Mulai skang aku akan beri pet aku makan..tapi kalau mandi 2, g sendirilah..takkan takleh gerak sendiri...makan epal leh lak..mandi pon nak kene belai gak ke? BODOH PUNYA PET!!!!!!!!!!! HU3X.

Time nak berlepas, Bibah merangkap tourist guide yang cun sibuk agihkan passport kat kitaorang. Laki aku lak sibuk nak pegang passport aku..takut aku terilangkan..Sampai ati laki kus...tapi tak kisahlah janji aku happy ajo....Dalam flight aku dok tepi tingkap..Tiba2x aku teringatkan cite TWILLIGHT ZONE pasal seorang laki 2 jadi giler sebab nampak antu tengah cabut wayar flight...So aku pun tunggulah kot setan gaban tu muncul tok cabutkan kipas air Asia yang aku naik plak...Ceh! sempat lagi aku ngelamun..hu3x. Sepanjang penerbangan laki aku tak lepas langsung pegangan tangannyo kat akus..wah romantiknyer.....pas2 kitaorang tido dalam flight atas bahu masing2x...fuh! kenangan indah tus..heh3x...
Sampai kat Jakarta dalam 1.30 (waktu INDO 12.30) SEJAM AWAL DARI mALAYSIA...kitaorang amik barang pas 2 g kat bas pelancong yang tunggu kitaorang kat luar...Dalam bas kitaorang diagihkan makanan masakan ala padang...lapo punye pasal time 2 gak aku dan laki makan nasi..emmmmm..sedapppppp.aKU SEBENARNYA NAK AMIK SEBUNGKUS LAGI TAPI DEMI MENJAGA AIR MUKER LAKIKU YANG HENSEM NIH AKU DIAM AJO. Tourist guide nama Pak Ali tanya samada kami nak berenti makan kat Hentian Rehat cam kat Malaysia tuh. Tapi masing-masing diam tanda tak mau ler 2...masing-masing dah penat termasuk aku dan hubby. Habis makan, sambil tunggu mata terlelap, sempatlah aku tengok suasana Jakarta pada waktu malam..indah gak Bandar Jakarta nih...Berbeza ngan per aku dengar dan aku baca dalam koran ewahhhhhhhhh! Pas 2 aku tak sedar dah...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
NOTE: Kebanyakan gambo aku ciplak dari google..maklumlah gambo laki aku amik dia tak postkan pada aku lagi...
Thursday, April 23, 2009
10 HADIAH HARIJADI YANG AKU MAHU
Sunday, April 12, 2009
BALAN-BALAN

Filem ini mengisahkan Sara (Sara) yang hobinya suker benor mengular tok mencuri jambu batu di rumah Pak Khaidrus (Khaidrus). Bersama gengnyer "AFIQ DAN ABAH " iaitu Afiq (AFIQ), Zharif (ZHARIF) dan Diana (DIANA), mereka merancang tok mencuri jambu batu di rumah Pak Khaidrus kerana buah jambu yang ada beberapa biji tuh dan cukup matang dan montok untuk dipetik. Sara ni sebenornya bukanlah suker sangat ngan buah jambu Pak Sepit nih, dahlah tak sedap pahit lak tuh! Tetapi memandangkan di rumah Pak Khaidrus toh ada jejake ansem bernama Zainuddin (ZAINUDDIN) maka Sara mengambil keputusan tok mencuri gak buah jambu 2 sambil menjeling ke rumah Pak Khaidrus kalau-kalau jejaka idaman malaya toh moncol kat tingkap umah .
Diana tidak bersetuju dengan plan Sarah yang tak best nih. Dia lebih suker kalau Sara dan geng-gengnyer mencuri Buah Naga di rumah Makcik Zhana (ZHANA). YELAH SETAKAT JAMBU BATU TUH APA CUR? LAINLAH buah naga, sebab buahnya lebih besar dari jambu batu dan jambu plak kepala batu sebab tulah tak sedap di makan heh3x. Sara merase tension ngan idea Diana yang tak bernas toh, (dia tau sebenarnya Diana dengki ngan kehebatan Sara yang leh menghabiskan buah jambu batu dalam tempoh 2 saat jerk) lalu dia mengambil keputusan tok mencuri buah jambu Pak Khaidrus pada tanggal 12 Rabiulawal tahun hijrah jam 2.00 pagi (Sara kene curi lewat sket sebab dia nak tengok CSI kat AXN ulangan jam 11.30 malam) sorang2x jerk.
Tepat jam 2.00 pagi, Sara yang membungkus dirinya ngan kain batik maknya yang baru disidai di ampaian berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah Pak Khaidrus. Sara sebenarnya berpendapat adalah lebih baik kalau dia berjalan merangkak jer kerane macam best lak dia tengok adegan tuh dalam cite JU ONN. Tetapi Sara membatalkan niatnya sebab dia tahu mesti penonton filem nih berpendapat adalah bodoh tok dia merangkak sedangkan dia ada 2 kaki yang leh digunakan tok berjalan. Pada masa yang samer, Sara cuber tok menghubungi DIANA sebab Sara sebenarnya seorang yang penakut tetapi gagal sebab camner dia nak hubungi pompuan tuh sedangkan telpon bimbit belum gir dicipta pada tahun 50-an.....Sarah yang ketensionan memberanikan diri tok berjalan sorang2x dengan niat yang memang tak baik langsung tuh!
Sampai di depan pagar umah Pak Khaidrus , Sara ternampak kelibat seorang jejaka sedang asyik mencabut bulu ketiak di atas tangga. Kecut dan cuak jugalah Sara kerane agak pelik gaklah camner ada manusia tergamak mencabut bulu ketiak pagi buta nih dan dalam gelap plak toh. Tetapi di bawah cahaya bulan mengambang, Sara yang dalam cobaannya tok membatalkan niat tak baiknya toh terkejut melihat wajah jejaka di tangga toh..hah! siapa lagi kalo bukan Zainudin berambut putih dan bercermin mata toh.....Terkecur air liur Sara melihat betapa tegapnya tubuh kurus kering Zainudin yang sungguh seksi toh.
Tiba2x Sara melihat kepala si Zainudin berpusing-pusing..aik? Sara terpinga kehairanan..cam gasing pon ado. Yang lebih menakutkan kepala Zainudin tercabot dan tiba-tiba terkeluar dari badan ngan usus-ususnyer sekali. Sara yang tak pernah melihat adegan ngeri toh melainkan dalam cite FREDDY NIGHTMARE menjerit ketakutan dan mengambil keputusan tok blah jerk dari situ. Dia tidak peduli lagi samada Zainudin 2 hansem ataupon tak . Lagipun perlu ke dia berkawin ngan jantanz berkepala gasing camtuh (Aik? Kesitu plak si Sara) si Zainudin yang bertukar menjadi balan-balan toh telah mendengar jeritan Sara dan terus mengejar Sarah dengan kepalanyer jerk..ha..Sara apalagi menunjukkan skillnya dengan berlari menggunakan tenaga cahaya yang diadaptasi dari kartun DRAGONBALL. Tetapi sayangnyer, Sara still gak di tempat dia berdiri, tak bergerak-gerak (rupernyer bajunya tersangkut kat dahan pokok) Si Zainudin yang tengah kelaparan daging manusia toh merase cuak gak melihat Sara yang ada kat situ (Yelah dia pon minat kat Sara gak dan ada ura-ura nak masuk meminang) tapi sebab dah lame tak pekene LAMB STEEK...Zainudin berpendapat Sarah pon Sarahlah (lagipun kecur liur dia melihat kemontokan Sara yang tahap gaban toh)..janji dia kenyang...(Zainudin tak mahu menjadi senasib TL Yus yang menjadi Zombie kurang cerdik sebab terpakso berlapo sebab tak tau bukak pintu KOPERASI time tengok Kak Pah terguling sakit perot).
Sara coba gak mencabut bajunya yang tersangkut dari ranting pokok kuang asam toh. Dah cube berkali-kali pon tak dapat. Si Zainuddin lak ngan penuh kegembiraan bakal mendapat LAMB STEEK semakin laju mendekati Sara dalam lingkungan 14 meter. Sara yang terlalu takut tahap cipan mengambil keputusan untuk bertukar menjadi INCRIDIBLE HULK dan mencabot bajunya dari dahan pokok toh. Sayangnya , Sara tak perlu mencabut dahan toh lagi kerane dengan keganasan Sara yang amat sadis toh , dia bukan sahaja telah mematahkan dahan toh tapi ngan pokoknya sekali. Kalau dah bertukar menjadi raksasa hijau, penonton pasti tahu mestilah rabak Baju Sara sebab mengembang lebih dari sepatutnyer. Maka Sara mengambil keputusan tok menjadikan daun pokok sebagai fesyen terbaru bajurnyer. Sambil 2, penonton harus ingat, Sara mengambil alternatif gak tok menyelamatkan diri ngan membaling buah kelapa ke arah balan-balan yang tak hansem toh ngan skrpnya cam nilah bunyinyer... "MATILAH KO"
Zainudin balan-balan semakin mendekati Sara yang tak habis-habis melatah kerane terlalu ketakutan. Penonton sekalian, adakah Sara dapat menyelamatkan dirinya dari menjadi habuan Zainudin yang rakus itu? Dan bagaimana pula plan Diana and the gang, adakah mereka berjaya mencuri buah naga tersebut..nantikan kesudahannya....
INFO TAMBAHAN
Contoh kisah menganai BALAN-BALAN :
KAJANG, Selangor. Sepasang suami isteri begitu terkejut apabila mengetahui anak perempuannya adalah hantu penanggal. Anak gadis yang dijumpai beberapa tahun lalu terus dijadikan anak angkat pasangan tanpa berfikir panjang. Kebetulan pada masa itu, mereka belum di kurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin. Di pelihara gadis itu seperti menatang minyak yang penuh. Segala keinginannya cuba di penuhi. Malah mereka merasa bangga setiap kali orang kampung memuji kecantikkan anaknya. Bukan setakat cantik rupa paras, malah budi bahasa anak gadisnya disenangi oleh penduduk kampung.
Namun segala rahsia mengenai gadis tersebut terbongkar apabila dia berkahwin dengan seorang guru muda yang mengajar di kampung terpencil setelah keluarganya berpindah ke situ. Kejadian itu di sahkan oleh Kak Mayang sendiri salah seorang pengamal perubatan tradisional. Cerita Kak Mayang, Syahid(bukan nama sebenar) berasal dari kota dan telah di tugaskan di sebuah kampung terpencil. Syahid, pemuda tampan yang pada mulanya tidak selesa tinggal di kampung yang masih mundur, di kelilingi hutan dan tiada kemudahan air paip. Meskipun ada api elektrik, itupun hanya beberapa buah rumah saja yang ada.
Dia seorang guru lepasan universiti. Setelah mengajar beberapa bulan, dia pun membeli sebuah kereta. Megahlah dia dengan kereta barunya. Ramai pelajar perempuan dan gadis di kampung itu berkenan padanya. Tapi,Syahid langsung tidak pandang sebelah mata. Dia tidak sudi berkawan dan bercinta dengan gadis kampung. Kalaupun dia mahu beristeri pasti dia akan pulang melamar gadis kota. Takdirnya pada satu hari satu keluarga berpindah tidak berapa jauh dari rumah sewanya. Pakcik dan makcik tua itu mempunyai seorang anak perempuan yang cantik, baik rupa parasnya. Berkulit putih, bertubuh kurus tinggi dan berambut panjang melepasi punggung. Pertama kali melihatnya jantung dan dada Syahid berdebar-debar tak menentu. Setiap saat, wajah dan diri perempuan itu terbayang di ruang matanya. Apakah dia sudah jatuh cinta dengan perempuan tersebut. Tidak mungkin. Dia mahu menolak kenyataan itu. Dia tidak mahu jatuh hati dengan gadis kampung.
Namun godaan perempuan anak jirannya itu terlalu kuat. Entah ilmu apa yang dipakainya pun dia tak tahu. Akhirnya, Syahid berkahwin dengan perempuan itu. Bininya memang kuat nafsu. Setiap malam pasti membuat dia terkapai kelemasan. Kenikmatan yang di perolehi dari bininya tidak pernah di rasai sebelum ini. Bininya benar-benar hebat di dalam kamar tidur.Setelah berkahwin dia jarang sekali menjenguk keluarganya di bandar. Dia rasa malas malah kaki pun seolah-olah berat untuk pulang ke rumah. Emak dan ayahnya juga tidak tahu yang dia telah berkahwin. Hanya orang kampung dan beberapa rakan setugasnya sahaja yang menghadiri majlis perkahwinannya. Macammanapun Syahid merasa bangga bila ramai orang memuji kecantikan isteri kesayangannya itu.
Walaupun ramai orang pelik dengan bininya, tetapi tidak bagi Syahid. Dia sebolehnya tidak mahu mana-mana lelaki pun melihat bininya, bukan sahaja dia cemburu tapi takut lelaki lain merampas bininya nanti. Dia amat sayang dan cintakan bininya. Perasaan itu terbit setelah dia melakukan hubungan seks dengan bininya. Itulah yang anehnya. Tiba-tiba satu kampung gempar bila dua tiga orang perempuan bersalin mati kehilangan darah. Orang kampung merasa pelik dan hairan. Dari dua tiga orang sampailah ke sepuluh orang. Orang kampung mula resah. Mana-mana orang yang ada bini yang sedang sarat mengandung mula menaruh rasa bimbang. Orang kampung mula bermesyuarat dan menjalankan penyiasatan. Semuanya bersepakat menyatakan yang bini Syahid yang lawa itu punya angkara. Bila di beritahu pada Syahid, dia tidak percaya malah menafikan sekeras-kerasnya.
"Takkanlah bini saya itu hantu Pak Su. Dia manusia. Orang kata hantu tak ada kaki. Tapi bini saya ada kaki,"kata Syahid. "Cikgu, hantu banyak jenisnya. Jangan cikgu tertipu. Bila balik cuba perhati betul-betul semua gerak-gerinya," nasihat Pak Su seorang tua yang berilmu di kampung itu. Syahid terdiam dan bila pulang ke rumah jenuh di perhati gerak geri isterinya. Pun tiada yang pelik. Dia lihat isterinya begitu cantik serta sempurna. Seksi dan mengiurkan. Malah peha dan kaki bininya putih melepak. Makin di renung dia pula yang naik nafsu. Akhirnya malam itu dia terdampar di kerjakan bininya. Esok seorang lagi perempuan bersalin mati kerana tumpah darah. Bini Syahid di tuduh menjadi penyebabnya. Syahid bengang separuh mati.
"Lagi-lagi bini saya yang di tuduh. Kenapa tidak perempuan lain?", marah Syahid. "Sebab bini kau hantu penanggal", Pak Su terpaksa berterus terang. Syahid bingung. Beberapa orang kampung terlopong dan saling sesama sendiri. "Pak Su tak ada bukti tuduh bini saya begitu", Syahid menyinga kegeraman. "Kalau cikgu nak bukti Pak Su boleh tunjukkan.Tapi Pak Su kena tidur rumah cikgu. Macam mana?",tanya Pak Su. Bini saya tak suka orang luar datang rumah, apalagi tidur",ujar Syahid. "Kalau begitu cikgu jangan kunci pintu dapur, biar Pak Su masuk perlahan-lahan",terang Pak Su. "Pukul berapa Pak Su nak masuk?Lewat malamlah", pinta Syahid. "Iyelah, takkan Pak Su nak masuk awal pula. Pak Su faham", luah Pak Su tersenyum.
Akhirnya Syahid bersetuju setelah dipujuk oleh Pak Su dan orang kampung. Lagipun dia sendiri nak tengok apa itu hantu penanggal. Benarkah selama ini dia hidup, tidur dan bersetubuh dengan hantu? Eeee....tiba-tiba dia berasa seram. Tegak bulu romanya. Kenapalah sebelum ini dia tidak merasa sedemikian. Tatkala Syahid pulang petang itu, bininya sedang nyenyak tidur di kamar. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Pak Su. Hantu 'feel'nya gemar tidur di siang hari. Malam itu keluar merayau mencari mangsa, mencari darah segar. Bulu romanya meremang lagi. Lewat malam itu selepas dia bersetubuh dengan isterinya sekali lagi Syahid terdampar keletihan.
Dia sedar bila di kejutkan oleh Pak Su dan beberapa orang kampung. Dalam kamar tidur yang samar itu semuanya terkejut apabila melihat bini Syahid tidur meniarap tanpa kepala. Jendela terbuka luas. Syahid sendiri terkejut bukan kepalang. Tanpa sedar dia terkencing dalam kain dan lututnya terketar-ketar. "Di mana kepalanya Pak Su", tanya Syahid kehairanan. "Kepalanya terbang mencari darah", bisik Pak Su perlahan. "Terbang cari darah", Syahid terkejut dan mahu rebah. Mujur cepat di sambar Pak Su. Selepas itu, Pak Su menjalankan kerjanya dengan membalikkan tubuh bini Syahid secara terlentang. Kemudian mereka menanti kepulangan bini Syahid. Bini Syahid terbang pulang hampir dinihari dengan rambut menggerbang dan perut merumbai. Dari jauh nampak seperti komet berekor dan bercahaya. Langsung terbang mesuk melalui pintu jendela yang terbuka luas.
Semuanya bersembunyi dalam gelap dan Syahid pula berpura-pura tidur. Bininya tertidur nyenyak. Benarlah bininya hantu penanggal. Menjelang pagi, bini Syahid telah berubah wajah dan posisi. Dari cantik menjadi hodoh. Wajahnya juga menghala ke belakang. Bini Syahid menjerit-jerit dan malu sebab orang dah tahu siapa dirinya yang sebenar termasuklah suaminya, Syahid. Pak Su bertindak menyuruh bini Syahid lari kedalam hutan atau di tikam dengan buluh runcing di tangannya. Pak Su tak mahu orang kampung di ganggu lagi. Kerana takutkan Pak Su, hantu penanggal itu pun terbang lari ke dalam hutan.
Saturday, April 11, 2009
CALL 1111


Markonah merasa malu kerane dia sendiri pon tak habis Muqadam telah melarikan diri bersama konco-konconya dan bersembunyi di Pejabat SOM (Fauziah) kerana itu jelah tempat yang tak kan dan memang hampeh dan jangan harap dilawati oleh CSE Celcom nih! Sewaktu dia bersembunyi di pejabat SOM nih barulah diketahui satu rahsia besar yang SOM gak bermain PET SOCIETY dengan budak Celcom yang lain dan menggunakan nama samaran MELATI PEMALU (YERK!!!!!!). Maka tergelak sakanlah Markonah ngan konco-konconya seperti Pocong (DAVE), Hantu Kopek (HAFIZ), Kuntilanak (KAK INA) dan konco berpangkat rendah yang lainnyer akan perihal tak senonoh SOM bermain PET SOCIETY. Markonah merase pelik ngan SOM yang malu2x tuk mengaku dia bermain PET SOCIETY sedangkan umah pet Markonahlah, umah yang selalu dilawati oleh SOM (Markonah menggunakan nama samaran PONTIANAK JELITA).
Mizah lak tak menyangka dia leh bertembung ngan Hantu bernama Polong nih....sebenarnya POLONG ini mengikut Mizah ke hospital kerane menyampah dengan perangai Markonah yang kerojenye asyik mebuli je. Polong nie lupa bahawa dia 2 polong dan Mizah nih manusia , dia cube mengajak Mizah berborak pasal isu semasa berkenaan perlantikan NAJIB sebagai Perdana Menteri yang baru, tetapi memandangkan kesengalan Polong yang tahap melampau nih, dia lupa jururawat (ZHANA) dan doktor(ILLA) sedang merawat Mizah yang menjerit tahap kesakitan melampau. Mizah merase terhina kerana Polong 2 bukan saja tak memberi salam yang menjadia amalan umat Islam tapi cube lak mengajaknya berborak isu semasa time tengah sakit nih dan pada mase yang samer memperlekehkan Mizah yang menjerit tahap gaban sebab sakit. Oleh kerane merase terhina, maka dengan penuh bergaya, Mizah melayangkan flying kick pada Polong tuh tapi memandangkan Polong mempunyai kelebihan mengghaibkan diri, doktor lak yang menerima bahanaya dan terpelanting didinding gara-gara tendangan kungfu Shao-Lin Mizah. Mizah yang merase bersalah akhirnya mengambil keputusan untuk memberikan rawatan kecemasan pade doktor yang sudah pengsan-pengsan ikan walaupun hakikatnya dia yang perlu diberi rawatan.
Ibu Nana yang telah menerima rawatan mengambil keputusan untuk keluar hospital dan mendapatkan bantuan Bomoh Semah (DHINA) . Tetapi malangnya, ada plak KFC diluar bangunan spital dan ini menyebabkan Ibu Nana berade dalam keadaan dilema. Dia yang dah lame nak makan ZIGGER BURGER mula tertanya-tanya samade perlu ataupon tak dia memesan burger KFC toh ataupun mendapatkan bantuan Semah. Jadi kepada bakal penonton sekalian cube anda teka adakah Ibu Nana lebih sanggup mengambil masa tok memesan burger tuh atau dia lebih rela mendapatkan bantuan Bomoh Semah yang sekarang ni sedang asyik berkaraoke lagu dangdut bersama anak muridnya bername Shakir (SHAKIRIN)? nantikan...zasssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!
Friday, April 10, 2009
SEKUEL CALL 1111
Filem kedua ni adalah kesinambungan dari filem CALL 1111, mengisahkan Chellaka (CHELLAKANU) yang kejenye dok mengaco CSE telah cube mebuat onar dengan membeli nom baru CELCOM dan didaftarkan pula di atas namer KANNUCHELLA. Oleh kerana menyampahnya syarikat telpon ngan perangai kekwat Chellaka ini, maka CELCOM, MAXIS dan DIGI mengambil keputusan untuk memblok je chellaka yang giler dari sistem diaorang. Kebetulan malam 31 August adalah malam keliwon, dan si Chellakanu yang memang celako nih cube mencari pasal ngan mendail nom 1111 tok menghuruharakan hidup cse Celcom. Tapi si Chellaka ni memang malang kerano maner ade cse yang tugas malam tuh sebab dah sembunyi kene serang dek jembalang.Kak Pah and the gang memang dah kompem lari dan TL Yus lak dah bertukar menjadi zombie. Tanpa disedari oleh Chellakanu yang menjawab panggilannya adalah..........
IKUTI SKRIP DIBAWAH:
Thursday, April 9, 2009
FILEM HANTU AKUS
WATAK UTAMA: SEBAGAI :
Sharifah Liza Suriani KAK PAH
NORAZRINA MARIKUN RINA
YANTY SUWARNASIH YANTY
ADEQ ADEQ
Norhamizah Ketua pengawal keselamatan celcom bernama MIZAH
Siti Nurfarhana NANA (Tukang masak di level 05)
Kak Yus TL Yus
Bad Pengawal keselamatan bernama BAD
WATAK HANTU
Stella JEMBALANG CELCOM
Tuty MARKONA
Corecheck TOYOL KEK COKLAT
CHI CHI BOMOH SEMAN
Filem ini mengisahkan watak utama Kak Pah (Sharifah Liza Suriani) yang terlalu takutkan hantu walaupun die giler tengok cite hantu. Pada malam 31 August , kak pah dan5 cse yang lainnya diminta bertugas pada malam hari kemerdekaan tanpa menyedari setiap malam 31 August peristiwa angker pasti menggangu sesaper bertugas malam tus. Lebih malang , Kak Pah telah terjumpa satu bungkusan yang tertanam di tingkat 05 waktu mencuri makan KFC (TAKNAK ADER ORANG MENGECEK..KEDEKUT NYER KAK PAH) dan telah membuka bungkusan itu walaupun di halang ibu Nana, pemilik gerai MEE SOP paling lama bekerja disitu. Kerana dek terikutkan perasaan ingin tahu, Pak Pah telah menggigit tangan Bu Nana sehingga Ibu Nana terpaksa dibawa ke hospital besar kerana gigitan Kak Pah telah menyebabkan Ibu Nana diserang virus berbahaya bernama "AIR LIUR KAK PAH BERBAHAYA". Dek kerana peristiwa itu jembalang2x berpangkat senator dan jeneral yang menunggu masa dilepaskan telah mebuat onar pada malam itu hingga menggugat keselamatan cse yang lainnyer. Kak pah merupakan orang pertama diganggu jembalang (STELLA) berupa JU ONN tuh...cube memberitahu bahaya yang menimpanya kepada TL YUS (KAK YUS), malangnya TL Yus tidak mempercayai cite Kak Pah memandangkan time jawab call pon Kak Pah still maintain tengok cite hantu kat YOU TUBE walaupun time keje. Tl Yus yang berpengalaman mengendalikan cse yang mengular nih berpendapat Kak Pah terlalu memikirkan sangat tang hantu hingga menyebabkan SEREBRUMnyer mengalami kecairan VORNOKULAS (SINDROM TAKSUB ANTU).
Kak Pah yang tidak berputus asa cube mendapatkan bantuan dari KETUA PENGAWAL KESELAMATAN bernama Mizah (NORHAMIZAH DARUS). Mizah yang tidak mempercayai cite karut telah menggelakkkan Kak Pah dengan sadisnye hingga menyebabkan Kak Pah mengamok dan menggigit perot Mizah hingga menyebabkan Mizah orang kedua dimasukkan ke spital pas Ibu Nana (katil bersebelahan lak tuh). Oleh kerana Mizah dimasukkan ke spital, jawatan ketua diganti oleh Bad(BADRUL, pengawal keselamatan yang kerojenyer tido dan mengorat anak dara orang jerk) Kak pah yang dah jadi mereng sket sebab terlampau takut..yelah bile nak buang air besar pon kepala langsuyak (EKIN) still leh keluaq kat lubang tandas, cube memberi amaran kepada rakannya tetapi hanya Rina (NORAZRINA), Yanty (YANTY) dan Adeq (ADEQ) sahaja yang percayakan Kak Pah tapi yang lain hampeh!!!!!!!!!
Malam itu jembalang yang diketuai pontianak cantik bername Tuty (TUTY) menyerang MENARA CELCOM (yang tak bayar bonus tuh) besar-besaran. TL YUS yang hampeh tak percaye cite Kak Pah telah diserang Toyol Kek Coklat (CORECHECK) time nak amik gulungan kertas teleorder kat bilik ujung level 11. Sebenarnya Toyol tuh tak berminat pon nak ganggu TL Yus tuh tapi kebetulan lak TL tuh tengah makan kek coklat, so haruslah diserang heh3x.
Kebetulan Bomoh Seman (CHI CHI) yang jalan kat laluan Celcom (sebab nak pekene teh kat valentine) terase aura jembalang disitu dan cuba memasuki Celcom untuk menyelamatkan mereka yang bertugas waktu malam. Sayangnya BAD telah kerasukan kerana darahnya ditelan oleh Jembalang (STELLA) sebab termakan godaan Stella tuh, telah menghalang Bomoh Seman dari misi menyelamat. Dapatkah Bomoh Seman berbuat sesuatu untuk menyelamatkan mereka2x yang ada gak mebuat dosa kat Celcom tus (tak kire le dosa kecil atau besar)? atau dapatkah Kak Pah dan rakan-rakan menyelamatkan diri dari jembalang dan pada masa yang samer mencari vaksin untuk menyembohkan TL YUS yang ada mase 30 minit je utk diselamatkan sebelum menjadi zombie? Nantikan filem yang pembikinannya masih belum dihasilkan sebab penulis blog ni takde budget membuat filem.
Nota: kalau ader watak mengguris ati..jangan mare gurauan jer!!!!!!!! Filem lain akan menyusul untuk watak yang lain lak.......TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUU