CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 15, 2010

UFO AND ME

Hai kawan2xku semua,
Dah lama kan aku tak update blog aku.Kan macam aku cakap sebelum ni aku ni jenis hangat2x ayam goreng, kalau rajin aku updatelah blog dan kalau aku malas, ade aku kisah kalau korang kisah (ade ke?) kui3x. aku nak cite kat korang (yang nak tau le, sebab aku tau mesti ade jawab dalam hati tu "ade aku dulik"..kah3x..anak berudu leh tau jantan betina kalau kenalpasti ikut DNA...apetah lagi HATI MANUSIA..kui3x

                                         
                                    HOH!Kalaulah ini UFO turun atas bumbung umah aku.....

Aku ade baca paper skang ni MALAYSIA jadi tumpuan UFO..UFO? Wah 2 topik yang aku paling suker. Dikatakan kalau UFO mai MALAYSIA, jiran kite cam INDONESIA contohnya antara negara yang bakal menerima gegaran GEMPA BUMI..hmm sesuailah tok org2x kat saner yang tak tau bersyukur, perasan bagus dan tak mengenang budi 2. Tapi aku tak tujukan pada semua orang INDONESIA, ini segelintir kepada mereka2x yang berkepentingan peribadi dan cetek akal je.

Aku dah bace lame dah pasal topik nih, dikatakan bahawa MALAYSIA ni ade sumber yang UFO suker bebenor.Ni aku rujuk melalui MASTIKA (berkenaan ngan info ni nanti aku citekan ngan lbh detail) Wah, pasni lehlah aku pasang jerat...kalau UFO lalu kat belakang umah aku, aku nak jolok UFO 2 guna galah buatan aku sendiri. Cume masalahnya skang ialah :

1. Berapa besar UFO 2 aku takleh nak agak, aku rase besar kot dari umah aku, dan kalau dia besar dan aku plak gatal tangan jolok, korang rasa UFO 2 akan terhempas tak? Dan kalau terhempas bukan atas umah aku ke? Wallaweh....habislah ! mane aku ngan family dan jiran aku yang lain nak tinggal? kui3x...sian kat jiran aku..umah pon belum habis bayar lagi dah hancus gara-gara otak terlebih bijak aku nih.kui3x. SO THE SOLUTION IS (cube lihat dibawah) :

a. Aku guna lastik jele. At least tercapai gak hasrat aku nak tengok kene ke tak kat body UFO tuh. Mane le tau kot UFO 2 ade protection macam citer INDEPENDENCE DAY. Nak gak tgk dia kuar warna pe? Maybe hijau kot sebab mahkhluk asing aku perasan semua saksi cakap body dia color hijau...PEACE FOR EARTH


                                     
                         Camni ke rupa UFO kalo aku jolok ngan galah? Erkkkkkk........


b. Aku akan usahakan cari tangga paling tinggi dan simbah ngan cat kuning..kui3x.Bukan per , senang sikit jiran aku nak tgk, jelas dan terang. Ini tidak datang sembunyi2x..pemalulah kunun..maklumlah nak turun kang , ade lak yang meninggal dunia. Baru nak kuar, kang org ingat toyol lak..maklumlah saiz kan kecik.Toyol kan kerjaya tetapnya ialah mencuri..nanti auntie , uncle igt itu toyol mau curi duit diaorang.

c. Aku akan sambut kedatangan UFO 2 ngan tangan terbuka dan minta permission diaorang guna kapal tok jalan2x. Aku nak sgt g PLANET ZUHAL..fuh dahlah besar cantik lak 2. Tapi aku minta ALIEN 2 pastikan dulu bekalan minyak mencukupi. Tapi UFO 2 gune minyak ke? Sebab kalau gune minyak memang tak sampai woo...baru nak kentut dah jatuh. Sedangkan Seremban ke KL pon cukup2x RM10, inikan plak g PLANET ZUHRAH...kui3x.


                                      
                                              Cantiknya Planet Zuhal...........heh3x


Perpon, kite lihat je la kawan2x, ade cite ataupon tak pasal UFO nanti. Kalau ade biorkanlah...sebabnya mungkin alien dalam kapal 2 sebenornya tgh melancong cuti2x planet musytari (kalau asal sanela). Maybe MALAYSIA ni antara destinasi menarik yang termasuk dalam kalendar pelancongan diaorang..kah3x. Kita rakyat MALAYSIA patut berbangga u know...sebabnya UFO pon dah nyampah nak lawat NEGARA-NEGARA MAT SALLEH CAM AMERIKA. GEJALA SOSIAL TERUK SGT KOT. Maybe MALAYSIA ni oklah lagi untuk dijadikan antara subjek manusia yang masih lagi ade norma-norma kemanusiaan (walaupun skang non hado). So kite patut bersyukur u alls. Pasni lehlah kite mengadakan CUTI UMUM untuk HARI LAWATAN UFO KE MALAYSIA...KUI3X

Saturday, January 16, 2010

I'M BACK

Dah lama aku selaku budak ops wanita yang perasan muda (ade aku kisah) paling cute, mengupdatekan info terkini mengenai aku sendiri. Inspirasi nak update blog aku dapat dari Nurzulaina yang rajin update blog dia tuh...kalau kat sekolah ni harus markah 100%.ha3x...alamak! maaf rakan2x semua ade filem lak aku nak tengok 11.50 minit malam ni kat astro..day of the dead arahan george romero...maaf rakan2x aku terpaksa mengutamakan filem ni dari blog aku kerana ini penting untuk karya blog aku nanti huh...wa chowwwwwwwwwwwwwwwww

Tuesday, August 18, 2009

AKU NAK WAT CITE TAPI AKU SAKIT PEROT..ZASSSSS.......

Aku sakit perut je sejak kebelakangan nih. Tapi aku percaya maybe ini disebabkan kekerapan aku penulis blog ini minum air suam. Azali menyatakan kalau aku minum air suam aku akan kerap buang air beso. So kepada rakan2x, nak kurus minum je air suam. Setakat ni berat badan aku lum berubah kerana aku masih lagi maintain kuat makan. Mak aku dah pesan jangan makan banyak. Kata mak aku lagi "kasihanilah perot ko 2 Zarina". itulah pesanan mak aku..hmmm....tapi mak aku lupa dia juga antara individu kesayangan aku yang menjadi penyumbang terbesar faktor kemontelan aku nih!

Aku sebenarnya ade satu isu nak diperkatakan..tapi aku perlu g toilet jap. sebab aper? Sebab aku nak buang air beso. Ini kenyataan rakan2x..so akan bersambung selepas ini....

Thursday, August 13, 2009



Aku dapat MC dua hari sebab demam, tapi hari kedua aku boring takde pe nak wat, aku ikut adik aku tengok movie DISTRICT 9. Aku memang dah lama tunggu movie ni kuar sebab aku baca intro cute ni semacam je menarik dalam UTOPIA, GEMPAK ngan HYPE pon samer. Bile aku tengok je puh menangis aku dalam panggung tu, cite dia walaupon mengarut menurut pemikiran ahli-ahli sains anti logik tapi aku pedulik per, this is my money not ALONG money????????????


INILAH WIKUS yang aku rasekan sengal pada mulernyer

Citenyer mengisahkan pasal ahli sains yang dilantik MNU named Wikus yang perlahan-lahan bertukar jadi alien sebab tangannya 2 gatal bebenor nak bukak silinder yang disorok oleh mahkluk asing (2lah Wikus, nak bukak barang org minta izin dulu walaupon 2 alien bukan orang) bertujuan nak balik semula kat planet diaorang sebab manusia-manusia kat bumi terutama yang berkulit putih dan terlebih hitam ni sengal sangat nak menganiayai dorang. Si Wikus ni tak tau nak wat per lagi cube mendapatkan bantuan dari rakan-rakan tapi boo di layan. Lat-lastnya dia dapat idea menyorok kat penempatan makhluk asing kat bumi (Penempatan Indo dan Bangla lapan kali ganda lebih cantik dari penempatan alien nih). Dekat situ dia berjumpa ngan makhluk asing yang sorokkan silinder 2, dan alien bijak ni berjanji nak bantu dia pulihkan jadi manusia balik kalau si Wikus bantu dia dapatkan balik silinder yang Wikus ni amik dan kini dirampas oleh MNU (Kalau Alien tak cakap camtuh haramlah Si wikus nak bantu).

Alien space yang terkandas 28 tahun lamanya

Dipendekkan cite Wikus berjaya amik balik silinder 2 tapi Wikus ni pada awalnya aku memang bengang sket ngan dier sebab dia ni selfish dan hampir menjahanamkan plan makhluk asing ni nak meninggalkan bumi. Yelah, ko bayangkan betapa jahatnya manusia menganiayai alien ni dan Wikus ni lak tak hengat camner father in -law dia mengkhianati dier.


Wikus hampir nak dicincang badannya tok dijadikan objek kajian


Tapi bab Wikus pandang space alien 2, dan terpikir pengorbanan alien 2 nak pulang ke kampung dia yang tercinta, Wikus decide tok patah balik dan selamatkan Alien 2 balik ke kapal dier. Dialog yang aku tak lupa... pergi cepat..biar aku kawal keselamatan ko kat sini...kata Wikus. Tapi Alien 2 tak nak dan siap cakap Tidak! Aku takkan tinggalkan ko. Kita akanpergi bersame-same. Tapi Wikus enggan dan suruh Alien 2 pergi. Alien 2 pandang Wikus dan cakap Aku akan kembali Wikus..3tahun..aku berjanji. Aku akan pulihkan ko dan selamatkan ko. Aku bersumpah.. kata Alien 2 lalu pergi ke kapal dier. Maka berjuanglah Wikus menyelamatkan Alien 2 dari dibunuh oleh tentera MNU. Dan akhirnya Alien 2 berjaya lepaskan diri dan Wikus bertukar jadia Alien tapi cintanya pada isterinya tak pernah padam....hu3x


Inilah Alien yang mempunyai perikemanusiaan tapi manusia lak sengal cam binatang

Saturday, July 4, 2009

AKU NAK SAMBUNG BELAJAR

Aku dapat panggilan dari Open University, dia cakap aku masih berminat ke ngan PJJ MASTER tok pengurusan. Kekwat lak pompuan yang telpon aku nih, lantak akulah nak continue ke tak? Aku sebenarnya memang nak continue tapi uit buat masa skang takde. Aku nak tunggu adik aku montok abis belajar bulan 12 nih. pas 2 baru aku sambung balik pengajian aku tok amik master. Adik laki aku pon nak continue study yang tertangguh gak. Aku ajak dia join samer. Dia berminat gak nak amik degree sebab dia ada DIPLOMA PERAKAUNAN jerk. Aku ni dah 30 tahun tapi masih lagi ajdi kuli kat celcom. Yelah nak wat camner..kerja ngan orang. At least aku ade kerja....Syukur pada Allah.
Mak aku sokong aku tok sambung belajar. Kakak aku tahun depan cadang nak sambung belajar amik master gak. Aku mesti amik master sebelum dia dan aku berdoa semoga result aku lebih cemerlang dari dia. Dia takpelah keje gov, aku ni nak tak nak gune duit sendiri. Takpelah, berbaloi abis duit kerana ilmu. Semoga tahun 2010 menjadi permulaan tok aku menuntut ilmu kembali walaupun usia aku mencecah 31 tahun. Hu3x

Wednesday, June 3, 2009

HARI SANTAI TIME CUTI

Hari sabtu dan ahad ni ada majlis kawin jiran merangkap bau 2x kucing iaitu cik ani yang aku citekan pada awal blog aku tuh. Tak sabo aku nak tunggu kerana banyak sebab mengapa aku gembira majlis kawin 2 diadakan...

Pertamanya :

1. Cik ani akan letakkan makanannya kat umah aku, so aku rase takde masalah tok aku amik makanan 2 sambil main game kat umah aku
2. Ada intv terbuka, santai dan tak memeningkan kepala
3. aku nak bawak anak sedara aku mandi kolam renang kat paroi
4.Montok balik tapi tak mintak duit aku (selamat)
5. Aku nak tengok cd stephen chow sampai koma
6. Aku akan tido tahap gaban
7. Tolong mak aku buat keje umah
8.Mengumpat jiran aku Cik Ani


SEKIAN..........

Sunday, May 24, 2009

UFO

UFO tengah berusaha mendarat diatas air

Aku dari kecik lagi memang suke pada benda pelik...aku suke pade hantu..ufo....planet..mahkhluk aneh...dan ape2x je le yang dikategorikan sebagai pelik. Dan jangan tak caya semua keluarga aku suke pada benda pelik....dan benda pelik ni selalu kitaorang share bersama.

Antara yang menarik minat aku ialah UFO atau kalau diterjemahkan secara saintifiknye Unidentified flying object . Tapi sebagai orang melayu yang berbudi bahasa cam kus..kite panggil die piring terbang jerk. Ala cam kuali mak kite masak kat dapor tu cume saiz die beso sikit la...dan lagi satu kuali umah kite takde tempat dudok dan pramugari...UFO ade kot. Mane le tau diaorang jadikan bumi salah satu planet dalam pakej pelancongan yang perlu dilawati kui3x.

Aku selalu berangan nak naik UFO..tetapi aku terpikir lak camner muker makhluk yang bawa UFO tuh? Adakah mukernye slenge cam muker BAD? Kalau muker cam BAD , aku dengan tidak teragak-agaknya akan membatalkan terus niat aku nak naik UFO. Eh..maaf BAD...aku tak sengaja tertaip name ko..tapi nak delete aku malas lak. Jangan risau pembaca blog aku nih pandai menilai intan dan permata. Mereka tau ko sebenarnya encem tapi bukan hensem. Ceh wat per aku melalut pasal si Bad nih? Karan tol..

Sewaktu aku masih lagi belajo dalam darjah 3, aku mule buat kajian pasal UFO tapi bukan secara ilmiahlah tetapi melalui buku dan filem makhluk asing heh3x.Dan lebih tahap gaban mereng aku nih...aku pernah harap UFO 2 terhempas belakang umah akus..kui3x



Mengapa bukan aku yang nampak UFO terhempas dulu hu3x

Dan di bawah ini aku attachkan kejadian yang melibatkan UFO di beberapa tempat di dunia termasuk Malaysia heh3x

FAKTA ILMIAH MENGENAI UFO :

Piring terbang (juga dipanggil UFO) yang sering dimaksudkan ramai ialah sejenis objek terbang atau fenomena optik yang tidak dikenali. Ia dikatakan merupakan kapal angkasa yang dinaiki makhluk asing (juga dipanggil E.T.). Ribuan manusia telah mengaku bahawa mereka telah melihat piring terbang, dan menangkap gambarnya. Dikatakan bentuk piring terbang itu berbeza-beza, ada yang pipih seperti piring, bulat seperti bola dan lain-lain. Warnanya juga bermacam-macam, malah ada piring terbang yang berubah warnanya apabila ditatap lama-lama.

Namun, sehingga kini kewujudan piring terbang masih tidak dapat dipastikan. Dalam kebanyakan kes, objek yang dianggap sebagai piring terbang itu sebenarnya ialah belon cuaca. Boleh jadi juga objek itu merupakan sebuah satelit, kapal udara, segumpal awan, sebuah meteor, komet, bintang ataupun sekadar bunga api yang meletup di udara. Belum terdapat apa-apa bukti yang mengatakan bahawa planet bumi telah dikunjungi makhluk asing dari planet lain.

Penggunaan istilah "piring terbang" pertama kali digunakan oleh juruterbang Kenneth Arnold yang melihat sembilan objek terbang aneh dalam suatu formasi di atas Gunung Rainier di pergunungan Cascade, Washington. Peristiwa itu terjadi pada 24 Jun 1947. Sejak itu, hal UFO banyak diperkatakan orang. Ia turut pernah dibicarakan di forum PBB pada 27 November 1978.

Dipetik dari Wikipedia.com





Di MALAYSIA :

Misteri kewujudan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) dan makhluk asing terus menjadi topik menarik untuk dibincangkan dalam mana-mana forum, sekalipun di warung kopi. Mungkin ramai enggan mempercayai kewujudan entiti ini, namun topik berkisar UFO dan makhluk asing tanpa disangkal mengundang fantasi dan ketaksuban manusia untuk mengkajinya.

Daripada misteri Area 51 di Tasik Papoose, Nevada, Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan menjadi markas makmal penyelidikan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengkaji kapal angkasa dan makhluk asing, hinggalah laporan penemuan terbaru UFO seperti yang berlaku di St Athan, berhampiran Cardiff, United Kingdom (UK), baru-baru ini, kedua-dua entiti ini ‘menakluki’ pemikiran manusia.

Di Malaysia, laporan penemuan beberapa objek UFO seperti di Tanjung Sepat, Banting, Selangor pada 1995 misalnya, jelas mencetus fenomena. Asia yang dikatakan jarang ‘dilawati’ UFO berbanding negara lain seperti di Eropah dan AS, tidak terlepas terkena tempias dan penangan makhluk hijau ini. Apakah UFO benar-benar wujud? Adakah mereka juga makhluk Tuhan seperti manusia?

Fakta - Antara penemuan UFO di Malaysia



2 Januari 1979 : Foto ini diambil oleh seorang anggota Tentera Udara DiRaja Australia (RAAF) pada pukul 6.15 petang di Butterworth, Pulau Pinang. Objek tersebut dikatakan bersinar terang berwarna oren dan terdapat beberapa buah tingkap di tepi badannya. (Gambar ini disiarkan di akhbar NST ketika itu)

Oktober 1995: penduduk di Tanjung Sepat Banting, Selangor, mendakwa melihat tiga objek UFO empat kali sebulan.

14 Januari 1996: sekumpulan peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis, Johor, gempar melihat sejenis objek di angkasa berbentuk kipas angin mengeluarkan cahaya terang.

21 Februari 1996: penduduk Kampung Parit Awang, Yong Peng, Johor, mendakwa melihat objek bercahaya di ruang udara kira-kira jam 11.30 malam.

26 Mei 1999: seorang penduduk melihat objek bercahaya kebiru-biruan di udara dan cuba mendarat di Gunung Baling.

6 Mac 2000: kira-kira 1,000 penduduk Kampung Gobek, Tanah Merah, Kelantan gempar dengan dakwaan bahawa satu objek mendarat di kawasan tanah lapang berpaya, di kampung itu pada jam 3pagi.

22 Oktober 2000: penduduk Taman Cheras Utama Kuala Lumpur, selesai menunaikan solat Subuh gempar melihat dua objek berputar di angkasa yang mengeluarkan cahaya selama setengah jam.

15 Mei 2004: penduduk di Teluk Kemang, Port Dickson dan Rantau, turut melihat dua objek bujur bercahaya kehijauan menyerupai UFO berlegar di udara.


17 Sep 2005: Foto ini diambil oleh seorang lelaki bernama Aiman di Kampung Pumah Kulat, Ulu Dong, Raub, Pahang. Foto ini adalah daripada filem kamera beliau dan telah disahkan tidak diubahsuai - gambar sebenar (Gambar ini disiarkan di akhbar Harian Metro)


Di AMERIKA:


Click the image to open in full size.

Gambar ini diambil pada 8 mei 1950...adalah antara gambar terwal dan paling popular dikalangan orang² yg terlibat dalam ufo ini..diambil oleh PAUL TRENT dan disaksikan oleh isteri beliau sendri..gambar ini disiarkan di akhbar tempatan di tempat yg bernama MCMINNVILLE, OREGON. pada bulan jun 1950 gambar² yg diambil oleh PAUL TRENT disiarkan di LIFE MAGAZINE


Salah satu gambo UFO di ambil di Washington